13 to 15 July 2012 - The Education Group Johor Education Foundation Sports Meet (SUKOM) was held at various locations in Johor Bahru. This event had successfully gathered nearly 500 participants competing in 'sepaktakraw', Netball, Table Tennis, Futsal, Badminton, Volleyball, Carrom, Chess and Bowling competition. Intense competition had occured between the School of Engineering and Creative Science and School of Management and Social Sciences because the overall champion was only separated by one point only. The Champion of this tournament is School of Engineering and Creative Sciences, while the runner up is a School of Management and Social Science. While the School of Hospitality in third place and YPJ Community College is fourth. Congratulations to the winning team, while the losing teams will have their chances in the next sport meet.
Saturday, July 21, 2012
Temasya Sukan Antara Kolej (SUKOM) Meriah
13-15 Julai 2012 - Temasya Sukan Antara Kolej-kolej yang bernaung di bawah Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (SUKOM) telah berlangsung di pelbagai lokasi di Johor Bahru. Sukan yang dijalankan ini telah berjaya mengumpulkan hampir 500 orang peserta yang bertanding di dalam 10 acara sukan. Acara-acara seperti Sepaktakraw, Bola Jaring, Ping Pong, Futsal, Badminton, Bola Tampar, Karom, Catur dan Boling adalah antara yang dipertandingkan. Persaingan yang sengit telah berlangsung di antara Sekolah Kejuruteraan Dan Sains Kreatif dengan Sekolah Pengurusan Dan Sains Sosial. Kejohanan temasya ini hanya dipisahkan oleh satu mata sahaja. Johan bagi temasya ini adalah Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif, manakala Naib Johan adalah Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial. Di samping itu, Sekolah Hospitaliti mendapat tempat ketiga dan Kolej Komuniti YPJ menjadi tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya manakala yang kurang berjaya boleh mencuba lagi di peluang lain di masa akan datang.
Sunday, July 15, 2012
Seminar Dato Hj Dr Fadzillah Mohd Kamsah
15 Julai 2012 - KPYPJ Management Service telah berjaya menganjurkan Seminar Kecemerlangan Diri dan Keluarga yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Hj Kamsah(DFMK). Tema program ini iaitu "Menunjangi Transformasi Keibubapaan, Melakari Kecemerlangan Pelajar" telah berjaya menarik minat 500 orang peserta di kalangan belia dan pelajar sekolah dan 350 orang dewasa di kalangan ibubapa. Sebagai seorang pakar motivasi, DFMK telah berjaya menarik minat pendengar dengan nasihat dan petua yang sangat berguna untuk kegunaan semua orang. Semoga semua yang hadir dapat melaksanakan transformasi tersebut untuk kemajuan diri, keluarga dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)