Friday, May 17, 2013

Aksi Pelajar Kemahiran di IKIP Asean Culinary Challenge








Kuantan - Kolej Komuniti YPJ telah menyertai IKIP Culinary Challenge yang berlangsung di IKIP Pahang pada 22 April 2013 yang lalu. Wakil tersebut telah menyertai acara live cooking dan diadili oleh chef-chef terkemuka di Asia. Dua orang peserta telah mencapai kejayaan yang menggalakkan dengan memenangi 2 pingat gangsa dan seorang mendapat diploma. Walaupun tidak diberikan sasaran pingat semasa pasukan ini bertolak ke Pahang, mereka telah membuktikan kesungguhan dan keazaman tinggi dengan mendapat beberapa anugerah. Tahniah diucapkan dan di harap mereka mampu mencapai kejayaan yang lebih besar.