Sunday, November 17, 2013

Penanaman Sayur di Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi

KOLEJ KOMUNITI YPJ KOTA TINGGI

KURSUS : PERTANIAN TAHAP 1 & 2
PROJEK : TANAMAN SAYUR-SAYURAN 
JENIS TANAMAN : 
1) SAYUR KAILAN 
2) SAYUR SAWI
3) SAYUR BAYAM
4) SAYUR KANGKUNG
5) SAYUR BENDI 
6) KACANG PANJANG
7) UBI KAYU

JANGKAMASA TANAMAN : 
1) SAYUR KAILAN : 45 HARI
2) SAYUR SAWI : 27-30 HARI
3) SAYUR BAYAM : 27-30 HARI
4) SAYUR KANGKUNG : 21 HARI
5) SAYUR BENDI : 45-55 HARI
6) KACANG PANJANG : 65-70 HARI
6) UBI KAYU : 9-12 BULAN










Lawatan Ke SMKV Indahpura

6 Nov 2013 - Pasukan pengurusan Kolej Komuniti YPJ telah melawat Sekolah Menengah Vokasional Indahpura pada hari ini. Sekolah ini menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia bagi beberapa bidang yang hampir sama dengan Kolej-kolej Komuniti YPJ.  Di antara program yang dijalankan di Sekolah ini adalah Penyediaan Makanan, Pengemasan bilik, SPA, Kecantikan dan Kesihatan. Taklimat ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas, KPM, En Mohd Zaini B Miskon.

Delegasi dari Kolej Komuniti YPJ, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dan Kolej Suria


En Mohd Zaini B. Miskon dan Wakil Pengetua 


Pelajar Food & Beverage Service

Kemudahan Latihan Rawatan Kecantikan



Dewan Makan

Pusat Sumber


Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi Bersama Komuniti

Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi telah terlibat dengan Majlis pelancaran Taman Komuniti Bandar Tenggara, pada 26 Oktober 2013 (sabtu). Program ini dilaksanakan di Taman Tasik Bandar Tenggara dengan kehadiran 400 orang, Aktiviti ini dapat mempromosikan Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi pada masyarakat. Selain daripada itu, penglibatan KK di dalam program ini membolehkan aktiviti lantikan TAC, tempat latihan amali pelatih dan dsb, sambutan masyarakat menggalakkan dengan kehadiran orang ramai dan pelajar sekolah.

Turut hadir : Timbalan Pengurus Besar Kejora, Ahli Penasihat LBJT, Ketua Pemimpin Masyarakat, Agensi Kerajaan dan swasta, guru, pelajar, masyarakat bandar tenggara dan anggota LBJT.







Kursus Penyeliaan Profesional Kepada Pengurus dan Pengajar Kanan

23 Oktober - Barisan Pengurusan dan Pengajar Kanan Kolej-kolej Komuniti YPJ telah menghadiri Kursus Penyeliaan Profesional yang diadakan di Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Penceramah utama yang dilantik bagi program ini adalah Tn Hj Salamian B. Surip, sorang motivator terkenal di Johor. Di dalam ceramahnya, beliau telah membuka minda dan perasaan peserta melalui kaedah penyampaian yang berkesan. Peserta-peserta kursus telah mendapat ilmu baru dan semangat untuk melaksanakan tugasan masing-masing apabila pulang ke kolej masing-masing kelak.