Monday, May 18, 2015

Iklan Kekosongan Jawatan di Kumpulan Pendidikan YPJ


Kumpulan Pendidikan YPJ, sebuah syarikat subsidiari Yayasan Pelajaran Johor, mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

EKSEKUTIF PEMBANGUNAN BISNES

Kelayakan:

  • Memiliki Diploma/Ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berfikiran positif, matang dan mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.
  • Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru berkaitan minyak dan gas.
  • Mempamerkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan memiliki kecekapan komunikasi (interpersonal) yang baik
  • Memiliki Sijil di dalam bidang Oil & Gas adalah satu kelebihan.

Tugas -tugas dan Tanggungjawab:

  • Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan minyak dan gas
  • Menyelia perlaksanaan program dan melapor kepada syarikat
  • Menjalankan tugas-tugas pengajaran jika perlu
  • Kebolehan menggunakan perisian teknikal seperti AUTOCAD dan project management software adalah kelebihan.
  • Membuat hubungan kerjasama dengan majikan di dalam bidang minyak dan gas untuk penempatan pekerjaan.
  • Menyediakan 'Bill of Quantity' atau spesifikasi projek.
  • Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.


Penempatan:

Calon-calon berjaya akan ditempatkan di:

Bahagian Pembangunan Kemahiran
Aras 2, Wisma YPJ Holdings,
No 5, Jalan Seri Perkasa 1/3,
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru



Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan surat permohonan rasmi.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip; Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran
Aras 2, Wisma YPJ Holdings
No 5, Jalan Seri Perkasa 1/3
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru
  • Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Jun 2015.
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses temuduga.


Wednesday, May 6, 2015

Lawatan Kerja ke Ranaco Marine Sdn Bhd.

30 April 2015 - Satu lawatan kerja ke Kumpulan Kolej Ranaco telah dilaksanakan di Kemaman pada hari ini. Delegasi dari KPYPJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Hj Abdul Razak Mohd Saad disambut dengan penuh kemesraan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Marine Sdn Bhd. En Ahmad Firdaus Ramlan. Lawatan ini telah memberikan lembaran baru di dalam sejarah KPYPJ di mana wujudnya permintaan yang tinggi untuk tenaga kerja di dalam bidang marin di negara ini. KPYPJ disaran untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan Ranaco Marine Sdn Bhd di dalam konteks perpindahan ilmu dan teknologi.