Wednesday, October 4, 2017

MOU KPYPJ dengan Organisasi Minyak dan Gas 2017

1 Oktober 2017 - KPYPJ telah mencatatkan sejarahnya sendiri dengan menganjurkan majlis penyerahan MoU dengan 18 Organisasi Minyak dan Gas pada hari ini di Hotel Amari Johor Bahru. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato Hj Mohamed Khaled B Nordin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ. Dengan termeterainya MoU ini, KPYPJ akan mula mengorak langkah menawarkan kurusus minyak dan gas.

KPYPJ telah menandatangani MoU dengan 10 organisasi yang merupakan rakan strategik latihan seperti DOKA Formwork Sdn Bhd, SR Scaffold Resources, Elektro Serve, Trans Ismor Engineering, Institut Material Malaysia, BBTECH Industries, Zone Safety, Nilai Technical Training Center, Supreme Didactic Sdn Bhd dan Sri Limbat Teknik. Kesemua rakan strategik akan bersama-sama KPYPJ untuk menawarkan kursus-kursus yang diterima industri minyak dan gas.

KPYPJ juga telah menandatangani MoU dengan 8 buah syarikat yang memerlukan tenaga kerja di dalam bidang minyak dan gas. Syarikat yang dimaksudkan adalah seperti Petrosahabat Sdn Bhd, SH Group of Companies, RM Leopad, Eluminas, Elektro Serve dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini telah menyampaikan surat hasrat (letter of intent) untuk mengambil pelatih yang dilatih oleh KPYPJ menjadi tenaga kerja di tempat mereka. Berdasarkan kepada keperluan yang dinayatakan di dalam surat hasrat, lebih 1,000 kekosongan jawatan diperlukan di dalam pelbagai bidang di RAPID Pengerang.

KPYPJ juga telah melantik seramai 8 orang individu penting di dalam syarikat EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commisioning) iaitu syarikat kontraktor utama untuk menjadi penasihat teknikal kepada program latihan minyak dan gas di KPYPJ. Mereka yang di maksudkan ialah En Rejab S Alam Shah dari Syarikat Punj Llyod, En Hamdan Osman dari Syarikat TOYO Engineering, En Hamdan Mamat dan En Khairuddin dari Petronas, En Hisham Ariffin dari SR Scaffold Resources, En Arshad Asri dari Petrosahabat Sdn Bhd, En Muhammad Alwi dari EP, dan En Fauzi dari SWA.

Di dalam majlis ini, KPYPJ memperkenalkan seorang wanita yang mempunyai kelulusan tertinggi di dalam bidang scaffolding. Personaliti yang dimasudkan ialah Fatin Inani Masron.    

MoU dengan Institut Material Malaysia


MoU dengan Syarikat ElektroServe M Sdn Bhd


MoU dengan Syarikat Trans Ismor Engineering Sdn Bhd


Pelatih yang sedang mengikuti kursus scaffolding di KKJ Kota Tinggi


Dato Menteri Besar Johor bersalaman dengan pelatih-pelatih KPYPJ


Ucapan perasmian Dato Menteri Besar Johor


Ucapan perasmian


Penasihat Teknikal KPYPJ

Ikon Minyak dan Gas, Fatin Inani Masron


Majikan yang akan mengambil pekerja yang dilatih di KPYPJ

Rakan Strategik Latihan KPYPJ

Barisan Technical Advisory Committee KPYPJ

No comments: