Tuesday, May 26, 2009

Pictures of IHYPJ





Pastry




Hotel Room




Main Kitchen



Front Office



F&B Service

Selamat Datang Pelajar Baru IHYPJ

Selamat datang kepada pelajar yang baru mendaftar pada 23 Mei 2009. Kami berharap agar anda mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berharga untuk bekalan di masa akan datang.

Makmal Komputer Untuk Pelajar

Makmal komputer di sebelah Perpustakaan kini dibuka untuk kegunaan pelajar. Makmal ini disiapkan khusus kepada pelajar yang ingin membuat assignment, menyiapkan kerja kursus dan kajian dengan menggunakan internet. Makmal ini dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Pelajar diminta mendaftar setiap kali menggunakan komputer kepada En Shahir (Pembantu Perpustakaan). Pengurusan IHYPJ menyarankan agar pelajar dapat menggunakan kemudahan ini dengan penuh bertanggungjawab agar lebih ramai pelajar akan mendapat faedah daripadanya.

The Computer Lab besides the Library in now open for student usage. This lab is set up for students who wish to do their assignmemnt, complete their coursework and conducting research using internet service. This lab is open from Monday to Friday beginning 8:30 a.m. till 5:00 p.m. Student who wist to use the computer must fill in the registration book maintained by Mr Shahir (Librarian). College management team advice students to use this facility responsibly so that more and more students are getting the benefit from this lab.

Lawak hari ini

Seorang posmen yang datang menghantar surat . " Assalamualaikum" "Walaikumsalam" "Ni rumah encik Samdol anak Bongek ye?" Ya saya" "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni" "Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Thursday, May 14, 2009

IHYPJ di dalam agenda Iskandar Malaysia



13 Mei 2008, KPYPJ telah dijemput untuk menjadi ahli di dalam sesi Brainstorming for Tanjung Puteri Project, Study to Develop Iskandar Malaysia Tourism Cluster di bawah Iskandar Development Regional Development Authority (IRDA). En Mohd Asmadi telah menghadirkan diri di dalam sesi perbincangan ini mewakili Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Perbincangan yang menyeluruh telah berlangsung bagi meningkatkan prestasi industri pelancongan di Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Seramai 64 orang termasuk pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan, YDP Majlis, syarikat swasta telah menghadiri program tersebut. Lebih membanggakan lagi, IHYPJ telah menjadi salah satu agensi yang dianggap penting di dalam merealisasikan wawasan yang di impikan oleh kebanyakan peserta program tersebut.