Thursday, May 14, 2009

IHYPJ di dalam agenda Iskandar Malaysia



13 Mei 2008, KPYPJ telah dijemput untuk menjadi ahli di dalam sesi Brainstorming for Tanjung Puteri Project, Study to Develop Iskandar Malaysia Tourism Cluster di bawah Iskandar Development Regional Development Authority (IRDA). En Mohd Asmadi telah menghadirkan diri di dalam sesi perbincangan ini mewakili Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Perbincangan yang menyeluruh telah berlangsung bagi meningkatkan prestasi industri pelancongan di Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Seramai 64 orang termasuk pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan, YDP Majlis, syarikat swasta telah menghadiri program tersebut. Lebih membanggakan lagi, IHYPJ telah menjadi salah satu agensi yang dianggap penting di dalam merealisasikan wawasan yang di impikan oleh kebanyakan peserta program tersebut.

No comments: