Sunday, December 12, 2010

Majlis Pecah Tanah Kampus Induk KPYPJ






11 Disember 2010 - satu detik bersejarah kepada negeri Johor dimana impian untuk membina kampus induk KPYPJ akhirnya menjadi kenyataan. Hari ini majlis pecah tanah diadakan dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Semasa ucapan perasmian beliau, YAB Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa pembinaan kampus ini dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM52.6juta dan dijangka mula dibina dalam tempoh 3 bulan. Beliau juga menyatakan bahawa pengambilan pertama pelajar di Kampus ini adalah pada Disember 2012. Beliau juga menyatakan bahawa kampus ini akan memuatkan 2,500 orang pelajar bagi bidang pelajaran pengurusan, kejuruteraan, senibina, komputer, hospitaliti dan kulinari. Sesungguhnya pembinaan kampus ini amatlah ditunggu-tunggu semua golongan masyarakat dan bersesuaian dengan tahun 2010 dimana kerajaan negeri Johor serius untuk membangunkan pendidikan untuk semua terutamanya golongan yang tidak mendapat tempat di universiti awam tempatan di negara ini. Beliau kemudiannya berkenan melaksanakan simbolik upacara perasmian dengan menggunakan JCB. Majlis berakhir pada jam 3:30 petang.

December 11, 2010 - a historic moment to Johoreans where the dream to build a KPYPJ integrated campus finally becomes a reality. Today a groundbreaking ceremony was held and officiated by the Chief Minister of Johor. During his opening speech, Chief Minister of Johor has stated that the campus is expected to require the provision of RM52.6 million and is expected to start construction in 3 months. He also stated that the first intake of students on this campus is in December 2012. He also stated that the campus will accommodate 2,500 students in the field of management studies, engineering, architecture, computers, hospitality and culinary. Indeed this very campus-awaited by all communities neraby and YPJ staffs and families. The Johor state government is always serious in developing education for all especially those who do not have a place in local public universities in the country. He then consented to perform the opening ceremony using the JCB. Ceremony ends at 3:30 pm.

No comments: