Sunday, February 28, 2010
IHYPJ Bekerjasama dengan New Media Consulting menganjurkan kursus Strategi Pemasaran
28 Februari 2010 - IHYPJ telah dipilih menjadi tuan rumah kepada kursus Strategi Pemasaran New Media pada hari ini. Seramai 12 orang peserta kursus telah diberi pendedahan 'hands on' di makmal komputer perpustakaan IHYPJ. Rata-rata peserta kursus mengatakan bahawa ilmu pengetahuan yang disampaikan amatlah bernilai pada masa ini di mana tanpa kita sedari bahawa media sosial di internet bukanlah sekadar alat tetapi ianya mampu digunakan sebagai menyampaikan strategi bisnes, perhubungan awam, perkhidmatan pelanggan, bina kesetiaan, jalinan kerjasama, kepimpinan dan menarik minat pelanggan.
IHYPJ has been selected to host the course on New Media Marketing Strategy today. A total of 12 course participants were given 'hands on' exposure in the IHYPJ computer lab. Many course participants say that the knowledge presented is valuable at this time where we are without realizing that social media tools (ie facebook, youtube etc) on the internet is not only a mere social tools but also able to be used as a strategy of communicating businesses, public relations, customer service, loyalty building, cooperation, leadership and attracting customers.
Kursus Hiasan Kek serentak dengan Kursus Membuat Apple Pie, Fruit Tart dan lain-lain
27 Februari 2010 - Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus masakan pastri dari dua orang pensyarah IHYPJ. Ramai di kalangan peserta tersebut menyatakan bahawa mereka berpeluang mengalami sesi pembelajaran sebagaimana pelajar-pelajar IHYPJ melalui kelas mereka seharian. Kursus Menghias Kek dipimpin oleh En Mohammad Naim manakala kursus membuat produk pie dan tart disampaikan oleh Cik Rusnita. Daripada kursus sebegini dapat meningkatkan lagi jaringan perkenalan IHYPJ dengan masyarakat sekeliling kolej ini.
Saturday, February 27, 2010
Nasi Ayam Penyek Versi Pagoh
23 Februari 2010 - Saya berkesempatan singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah utara. Saya merasa agak asing dengan hentian ini kerana sememangnya hentian ini masih baru lagi. Ada satu menu yang menarik perhatian saya. Masakan yang dimaksudkan adalah 'Nasi Ayam Penyek' Nasi nya berwarna biru amat menerujakan saya. Amat istimewa, mungkin sesiapa pun boleh cuba merasa masakan istimewa ini apabila melawat R&R Pagoh.
Wednesday, February 10, 2010
Majlis Perkahwinan Pn Nurshamsinar di Perak
Monday, February 8, 2010
Pelajar-pelajar IHYPJ Disaran untuk Menimba Pengalaman di Luar Negeri
Pengarah (M) IHYPJ semasa berucap merasmikan program penasihatan akademik jabatan Hospitaliti telah menyarankan agar pelajar-pelajar melihat peluang pengembangan kerjaya masing-masing keluar dari sempadan negara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa di dalam perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar, seramai 1.5 juta tenaga pekerja di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti diperlukan di antara tahun 2010-2015. Peluang ini wujud dengan perkembangan pesat resort dan hotel bertaraf dunia yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan wilayah tersebut. En Asmadi juga menekankan bahawa di masa akan datang, pelajar yang mempunyai pendedahan yang lebih meluas akan mempunyai peluang yang lebih untuk diterima bekerja di dalam organisasi di WPI. Oleh kerana sebahagian besar organisasi tersebut adalah organisasi antarabangsa, maka peluang yang sangat cerah menanti mereka yang memilih kerjaya pelancongan dan hospitaliti. Seterusnya, mereka yang diterima masuk ini boleh meningkatkan kerjaya diseluruh kotaraya di dunia. Justeru itu, IHYPJ bercita-cita agar pelajar mengalami pendedahan luar negeri samada melalui lawatan, latihan, dialog, perbincangan intelek dan sebagainya. Dengan lokasi Johor Bahru yang berhampiran dengan negara jiran yang berstatus maju, maka tidak menjadi kesukaran untuk pelajar IHYPJ untuk turut serta merealisasikan cita-cita tersebut.
Director (M) IHYPJ during his opening speech on the Hospitality Department Advisory Day has suggested that students view career development opportunities outside from the border of Malaysia. He stated that in the development of the Iskandar Development Region, a total 1.5 million workforce in the tourism and hospitality field are required in the years between 2010-2015. This opportunity exists with the rapid development of world-class resorts and hotels that is currently under construction and planning in the region. En Asmadi also stressed that in the future, students who have greater exposure will have more opportunities to be employed in the organization at WPI. Because most organizations are international organizations, the better the chance and a very bright career awaits those who choose the tourism and hospitality. Next, they admitted that this can further improve their career to many cities throughout the world. Hence, IHYPJ is ambitious that students should have exposure abroad either through visits, training, dialogue, discussion and other intellectual discourse. Johor Bahru is located close to the neighboring countries,so let this advantage taken fully by IHYPJ students to gain international experience.
KPYPJ visit Shatec Institute, Singapore
February 3rd - Delegation from KPYPJ were welcomed by Shatec Institute, located in Bukit Batok, Singapore, for a possible understandings. Shatec Institutes is well known hospitality establishment in Singapore having awarded with numerous recognition worldwide. This institute has an enrolment of 1,800 students. Both delegates discusses similarities and differences between two organizations managing hospitality training for the past 10 years.
From Left : Hod Amin, Mohd Asmadi, Shaiful Huzaini, Anthony Yip (CEO), Alan Lowe, Khairudin and Matthew Yim.
Kursus Membuat Kek Keju
30 Januari 2010, IHYPJ telah menganjurkan sekali lagi kursus membuat cheesecake dan carrot cake. Kursus ini disampaikan oleh chef berpengalaman IHYPJ iaitu Cik Rusnita Paiman.
Program Khidmat Masyarakat di Mukim Gelang Patah
26-29 Januari 2010 Seramai 60 orang pelajar telah menjadi anak angkat kepada lebih 30 keluarga di beberapa kampung di dalam Mukim Gelang Patah. Mereka berpeluang menimba pengalaman menjadi warga kampung selama 3 hari dan 2 malam. Program perasmian telah disempurnakan oleh tuan pegawai daerah Johor Bahru.
Di dalam program ini, pelajar-pelajar KPYPJ telah sama-sama menyumbang untuk menawarkan kemahiran kepada penduduk kampung seperti menjahit labuci dan hiasan pakaian, membuat masakan barat, timur, kek dan pramusaji, memberi tunjuk ajar literasi komputer, menyampaikan persediaan menghadapi peperiksaan, membuat simenfero, mengadakan gotong royong dan sebagainya.
Pada waktu malam pula, program ceramah ugama juga diadakan di salah sebuah masjid di dalam mukim tersebut. Terima kasih warga mukim Gelang Patah.
Di dalam program ini, pelajar-pelajar KPYPJ telah sama-sama menyumbang untuk menawarkan kemahiran kepada penduduk kampung seperti menjahit labuci dan hiasan pakaian, membuat masakan barat, timur, kek dan pramusaji, memberi tunjuk ajar literasi komputer, menyampaikan persediaan menghadapi peperiksaan, membuat simenfero, mengadakan gotong royong dan sebagainya.
Pada waktu malam pula, program ceramah ugama juga diadakan di salah sebuah masjid di dalam mukim tersebut. Terima kasih warga mukim Gelang Patah.
Subscribe to:
Posts (Atom)