Monday, February 8, 2010

Pelajar-pelajar IHYPJ Disaran untuk Menimba Pengalaman di Luar Negeri



Pengarah (M) IHYPJ semasa berucap merasmikan program penasihatan akademik jabatan Hospitaliti telah menyarankan agar pelajar-pelajar melihat peluang pengembangan kerjaya masing-masing keluar dari sempadan negara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa di dalam perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar, seramai 1.5 juta tenaga pekerja di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti diperlukan di antara tahun 2010-2015. Peluang ini wujud dengan perkembangan pesat resort dan hotel bertaraf dunia yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan wilayah tersebut. En Asmadi juga menekankan bahawa di masa akan datang, pelajar yang mempunyai pendedahan yang lebih meluas akan mempunyai peluang yang lebih untuk diterima bekerja di dalam organisasi di WPI. Oleh kerana sebahagian besar organisasi tersebut adalah organisasi antarabangsa, maka peluang yang sangat cerah menanti mereka yang memilih kerjaya pelancongan dan hospitaliti. Seterusnya, mereka yang diterima masuk ini boleh meningkatkan kerjaya diseluruh kotaraya di dunia. Justeru itu, IHYPJ bercita-cita agar pelajar mengalami pendedahan luar negeri samada melalui lawatan, latihan, dialog, perbincangan intelek dan sebagainya. Dengan lokasi Johor Bahru yang berhampiran dengan negara jiran yang berstatus maju, maka tidak menjadi kesukaran untuk pelajar IHYPJ untuk turut serta merealisasikan cita-cita tersebut.

Director (M) IHYPJ during his opening speech on the Hospitality Department Advisory Day has suggested that students view career development opportunities outside from the border of Malaysia. He stated that in the development of the Iskandar Development Region, a total 1.5 million workforce in the tourism and hospitality field are required in the years between 2010-2015. This opportunity exists with the rapid development of world-class resorts and hotels that is currently under construction and planning in the region. En Asmadi also stressed that in the future, students who have greater exposure will have more opportunities to be employed in the organization at WPI. Because most organizations are international organizations, the better the chance and a very bright career awaits those who choose the tourism and hospitality. Next, they admitted that this can further improve their career to many cities throughout the world. Hence, IHYPJ is ambitious that students should have exposure abroad either through visits, training, dialogue, discussion and other intellectual discourse. Johor Bahru is located close to the neighboring countries,so let this advantage taken fully by IHYPJ students to gain international experience.

No comments: