Friday, December 30, 2011
Tahniah Kepada Staff IHYPJ Yang Berdedikasi
30 Disember 2011 - Tahniah diucapkan kepada warga kerja IHYPJ yang menerima perlantikan jawatan baru pada hari ini di Dewan Besar, Kolej Islam Johor, Larkin. Penyerahan watikah perlantikan ini diadakan bagi meraikan sejumlah staf yang dilantik ke jawatan tetap dan juga jawatan pensyarah kanan. Semoga dengan perlantikan ini, kualiti perkhidmatan di IHYPJ dapat dipertingkatkan lagi.
Sunday, December 4, 2011
Minggu Peperiksaan Akhir Teori
5 - 16 Disember 2011 adalah tempoh peperiksaan teori bagi Semester Ogos - Disember tahun ini. Seluruh warga pengurusan kolej mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar IHYPJ yang menduduki peperiksaan akhir teori ini. Pelajar diharap agar dapat membuat persiapan mental dan fizikal sebelum memasuki dewan peperiksaan. Usaha tangga kejayaan.
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 22, 2011
22 November 2011 - IHYPJ sekali lagi telah bertungkus-lumus menyediakan juadah kepada pengunjung Majlis Minum Petang bersama DYMM Sultan Johor pada hari ini. Seramai tidak kurang daripada 15 orang staff dan juga pelajar IHYPJ telah bertugas di dalam program ini. Walau bagaimanapun seawal jam 4 petang, makanan yang disediakan tidak dapat memenuhi permintaan orang-ramai yang tidak putus-putus melawat gerai YPJ. Menurut pensyarah IHYPJ, kehadiran pengunjung kali ini adalah berlipat kali ganda berbanding pengajuran majlis yang sama tahun lalu kerana ianya diadakan pada hari cuti umum dan pihak pengajur telah mempertingkatkan promosi kepada orang ramai untuk turut hadir memeriahkan majlis.
Kek Istimewa dari IHYPJ
Thursday, November 17, 2011
Peluang Pekerjaan di KSL Hotel
Johor Bahru - 18 November. Bekas pelajar atau alumni IHYPJ digalakkan untuk mengambil peluang pekerjaan di KSL hotel di sini. IHYPJ dimaklumkan bahawa hotel tersebut sedang mengadakan proses pengambilan pekerja secara besar-besaran sebelum ianya dibuka dengan rasmi pada tahun 2012 akan datang. Jawatan yang ditawarkan adalah daripada kategori pengurusan, penyeliaan dan operasi. Sebarang pertanyaan dan makluman sila hubungi no telefon 012-7863188.
Sunday, October 23, 2011
Kerjasama Legoland dengan Kumpulan Pendidikan YPJ
Monday, October 17, 2011
Sunday, October 16, 2011
Program Bakti Siswa di Tanjung Piai
14-16 Oktober 2011 - Seramai 40 orang pelajar, MPP dan pegawai pengiring KPYPJ telah terlibat di dalam program Bakti Siswa di beberapa kampung di Mukim Serkat Pontian. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah program anak angkat, gotong-royong, sukan tradisional, lawatan ke industri setempat. Selain daripada itu, peserta juga menjalani latihan di Taman Negara Tanjung Piai. Modul latihan yang ditempuhi termasuk berkhemah, night-walk, gotong-royong membersihkan paya bakau dan menyemai benih pokok bakau. Ramai di kalangan peserta merasa bertuah meyertai program ini kerana mereka mempelajari banyak perkara melalui pengalaman tidur bersama ibu bapa angkat dan juga berkhemah di hutan paya bakau.
14 to 16 October 2011 - A total of 40 students, students representative council and KPYPJ staff participated in the 'Khidmat Masyarakat' in several villages in the Serkat Area in Pontian. Among the activities are student adoption program, talks, traditional sports, and visits to local industry. In addition, participants had also undergone training in the Tanjung Piai National Park. The training modules are interesting, some of the activities including camping, night-walk, clean the mangroves and planting the mangrove seed. Many of the participants felt lucky joining this program because they learn a lot through the experience of staying overnight in 'kampung' houses and also camping at the mangrove forest.
Friday, October 7, 2011
Sunday, October 2, 2011
Saturday, October 1, 2011
Majlis Konvokesyen ke 14 KPYPJ
1 Oktober 2011 - KPYPJ telah menganjurkan Majlis Konvokesyen di Kompleks Islam Iskandar. Seramai 600 orang graduan peringkat sijil dan diploma telah diraikan di dalam majlis sangat meriah. Menteri Besar Johor, YAB Dato' Hj Abdul Ghani B Othman merangkan Pengerusi Yayasan Pelajaran Johor berkenan merasmikan majlis seterusnya menyampaikan diploma dan sijil kepada pelajar yang hadir. Pelajar terbaik IHYPJ adalah Saudari Edwina Abdul Baki dari Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari. Tahniah diucapkan kepada semua graduan dan semoga mendapat kerjaya yang diimpikan dan mencapai kejayaan diri dan keluarga.
Malam Pra Graduan KPYPJ
Tuesday, September 27, 2011
Konvokesyen ke 14 - 2011
Konvokesyen bagi pelajar KPYPJ akan diadakan pada 1 Oktober 2011. Lebih 100 orang bakal graduan IHYPJ pastinya berdebar-debar menantikan saat manis dianugerahkan diploma atau sijil masing-masing.
Kemeriahan majlis konvokesyen ini diserikan lagi dengan penganjuran Malam Pra Graduan yang bakal di adakan pada 30 September 2011. Majlis ini bermula dari jam 7:30 malam dan diadakan di Hotel New York, Johor Bahru. Persembahan menarik dari artis-artis jemputan pastinya akan menghiburkan semua tetamu. Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Batu Pahat juga akan menjayakan pertunjukan fesyen pakaian yang pelbagai yang dihasilkan sendiri oleh mereka. Di samping itu, pelajar terbaik setiap kursus akan menerima penghargaan dan ganjaran masing-masing pada malam tersebut.
Pada 1 Oktober 2011, semua graduan dinasihatkan mendapatkan rehat yang cukup sebelum mendaftar di khemah pendaftaran seawal jam 7:00 pagi. Pastikan graduan memakai pakaian dan kasut yang sesuai di dalam majlis tersebut. Dan graduan juga diingatkan untuk senyum dan bertenang semasa menerima skroll supaya gambar yang diambil oleh jurugambar profesional cantik dan kemas. Ini merupakan kenangan seumur hidup. Jadi kepada graduan semua, selamat berkonvo.....
Tuesday, September 6, 2011
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin
Semua warga bercuti mulai 28 Ogos sehingga 4 September 2011. Selamat menyambut hari raya dan kembali ke kolej pada 5 September 2011.
Wednesday, August 10, 2011
Lawatan Kementerian Pengajian Tinggi ke IHYPJ
10 Ogos 2011 - Pihak kementerian pengajian tinggi telah mengadakan lawatan ke IHYPJ pada hari ini. Lawatan ini diketuai oleh Pn Kayatri Logenathan bertujuan memantau perkembangan IHYPJ. Rombongan ini sempat mengadakan perbincangan dengan pengurusan kolej serta membuat lawatan di kemudahan kolej. Lawatan ini berakhir pada jam 2:30 petang.
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 31, 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semua warga IHYPJ mengucapkan Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan semua yang melawat blog ini. Semoga ibadah puasa di tahun ini mampu meningkatkan takwa kita kepada Allah swt, dan ibadah diterima oleh Allah swt.
Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan
* Pintu langit dibuka.
* Pintu-pintu syurga dibuka.
* Bulan yang penuh keberkatan.
* Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
* Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
* Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
* Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
* Bulan menambah rezeki.
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber-puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).
Tingkatan Puasa
Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi kepada tiga, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.
Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.
Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.
Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu.
Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.
Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong."
Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.
Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.
Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justeru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.
Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

Saturday, July 23, 2011
Tawaran Kemasukan bagi SKM Penyediaan Makanan dan Peluang Kerjaya di Legoland
Kumpulan lepasan PMR, SPM, belia dan beliawanis yang berminat boleh mendaftarkan diri di dalam Kursus Penyediaan Makanan dan dipertimbangkan untuk berkhidmat di Iskandar Resort Bhd. Peluang ini adalah program khas yang ditawarkan kepada orang ramai untuk menyertai sebuah organisasi antarabangsa yang dikenali sebagai Legoland. Legoland Malaysia adalah yang pertama di rantau Asia dan yang ke 4 di dunia.
Syarat kelayakan untuk program ini adalah warganegara Malaysia 17 tahun ke atas dan boleh membaca. Latihan selama 12 bulan akan dijalankan di Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru dan selepas itu semua calon akan dilatih selama 3 bulan di Legoland sebelum menyertai organisasi tersebut. Tarikh kemasukan bagi program ini adalah 1 Ogos 2011 sehingga 12 Ogos 2011. Kepada orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi:-
Mohd Asmadi Hj Alias 019 7574 533 atau Na'am Parlan 013 7779883 atau Mohd Abdul Basit 019 7515870.

Sunday, July 10, 2011
Marilah Mencuba Mee Goreng Sotong Power
Sekiranya anda pergi ke Bandaraya Shah Alam, ada baiknya anda singgah di Kedai Makan yang menghidangkan satu menu istimewa. Kalau tak cuba, rugi tau... Warung yang dimaksudkan ini adalah kedai makan di Seksyen 2 Shah Alam, berhampiran dengan Kedai KFC dan juga 7-Eleven. Kedai makan ini diusahakan oleh Pn Noraini yang merupakan bekas pelajar IHYPJ. Setelah berkhidmat selama 7 tahun di resort terkemuka di Pulau Pinang, beliau telah membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Jadi, kalau anda pergi ke Shah Alam, jangan lupa singgah di warung berkenaan dan mencuba sendiri juadah istimewa tersebut. Kedai makan ini juga telah dilawati oleh rancangan Jalan-jalan Cari Makan terbitan TV3. Jom kita beri sokongan kepada beliau....
Saturday, July 9, 2011
Aktiviti Explore Day dan Gemilang Siswa IHYPJ 2011
Monday, July 4, 2011
Program Gemilang Siswa 8-9 Julai 2011
Semua pelajar dan orang ramai dijemput hadir ke Institut Hospitaliti YPJ untuk menyertai pelbagai program, pertandingan dan acara yang menarik yang disediakan kepada pengunjung. Antara program yang dijangkakan meriah adalah pertandingan memasak, pertandingan waiter, pertandingan memakan buah-buahan dan pelbagai pertandingan lain. Selain itu, taklimat mengenai peluang pendidikan di KPYPJ juga diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kewujudan KPYPJ. Program ini diperkasakan lagi dengan penglibatan Jabatan Penerangan Negeri yang turut menyenaraikan pelbagai aktiviti kenegaraan dan pertandingan yang boleh disertai oleh pengunjung. Program perasmian akan dilaksanakan pada 9 Julai 2011 jam 9:00 pagi. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Md Jais Sarday, Exco Penerangan Negeri Johor. Orang Ramai Dijemput hadir.
Berikut adalah hebahan rasmi dari Institut Hospitaliti YPJ;
Salam sejahtera, Tuan/Puan,
KUMPULAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KPYPJ) melalui salah
sebuah institusi kecemerlangannya iaitu INSTITUT HOSPITALITI YPJ
(IHYPJ), dengan kerjasama JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR dan
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN MALAYSIA, akan
menganjurkan sebuah program sepertimana berikut:
PROGRAM : GEMILANG SISWA & EXPLORE DAY IHYPJ 2011
TARIKH : 8 & 9 JULAI 2011 (JUMAAT & SABTU)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : INSTITUT HOSPITALITI YPJ
(No. 3, Jln. Seri Perkasa 1/4, Tmn. Tampoi Utama
81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim)
ANTARA AKTIVITI MENARIK :
Pendaftaran Terbuka, Demo Seni Graffiti, Demo Ukiran Ais, Pertandingan
Bintang Patriotik, Pertandingan Gubahan Hantaran, Pertandingan
Mewarna, Senamseni 1 Malaysia, Wayang Pacak Moden, Pertandingan
Memasak, Kuiz Kenegaraan, Waiter Race + Demo Mocktail, Sukan Rakyat,
Deklamasi Puisi, Pameran, dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus
talian 019-854 8434 (RAFEE). Mohon jasa baik & kerjasama pihak
tuan/puan agar dapat dihebahkan dalam akhbar berprestij tuan/puan.
Terima kasih.
Tuesday, June 28, 2011
Thursday, June 23, 2011
Lawatan Audit MyQuest Kementerian Pengajian Tinggi
Monday, June 20, 2011
Corporate Outing
18 Jun 2011 - Seramai 31 orang staff IHYPJ telah meluangkan masa melawat tempat-tempat pelancongan menarik di Melaka hari ini. Program ini diadakan sempena dengan kejayaan IHYPJ menjadi unit terbaik KPYPJ bagi tahun 2010. Di samping membuat lawatan, peserta juga dapat mempelajari usaha menggalakkan pelancongan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Melaka. Antara tarikan utama yang diusahakan oleh kerajaan negeri adalah pengindahan tebing sungai Melaka dan segala bangunan yang berada di kiri dan kanan sungai. Lawatan ini pastinya memberikan faedah positif kepada peserta yang menyertainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)