Monday, April 25, 2011

Tawaran Kemasukan Mei 2011



Pengambilan pertama pelajar sesi Mei 2011 sedang rancak dijalankan. Justeru itu orang ramai yang berkelayakan (minima 3 kredit SPM atau setaraf) digalakkan memohon di dalam kursus yang ditawarkan di IHYPJ. Yuran kemasukan yang rendah dan proses permohonan PTPTN akan diuruskan kolej. Selain daripada PTPTN, pinjaman MARA (bagi yang layak)dan YPJ juga diuruskan oleh pihak kolej. Di samping itu, kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan minimum, anda juga dipelawa memasuki program-program kemahiran seperti masakan, pastri, mekanik kenderaan, juruelektrik, jahitan dan komputer. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pelajaran di kolej-kolej Yayasan Pelajaran Johor, sila hubungi Mohd Asmadi Hj Alias di talian 019-7574533 atau email mahalias@yahoo.com Sila bertindak segera kerana tempat pembelajaran adalah terhad.

The first intake of students in May 2011 session is ongoing. Thus qualified people (minimum of 3 credits in SPM or equivalent) are encouraged to apply for the courses offered in IHYPJ. The entry fee is unbelievably low and PTPTN application process will be managed by the college. MARA loan (for those who qualified) and YPJ loan is also availabe and can be arranged by IHYPJ. In addition, for those who do not have the minimum qualifications, you are welcome to apply for skills programs such as food preparation, pastries, mechanic, electrician, tailoring and computer. For more information about educational opportunities at KPYPJ colleges, please contact Mohd Asmadi Hj Alias at 019 7574533 or email at mahalias@yahoo.com Hurry!! only limited space available.

Surat daripada lepasanspm.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM 2010”?


Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

2. Kolej Matrikulasi
Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.

Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

3. Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.

4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.

5. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda semak lama web MQA dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja. Buatlah pilihan yang bijak.

6. Tingkatan 6
Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?

Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.

8. ALAM
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.

10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

11. IPG
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Akhir Kata
Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah.

Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010 boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda berjaya kelak!!


Sumber : Saudara Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh di laman LepasanSPM.com

Laporan akhbar mengenai kerjasama KPYPJ-PaPaChops


Friday, April 15, 2011

Majlis Menandatangani MoA dengan Papa Chops MaMa Gril






14 April 2011 - KPYPJ telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Fokus Seraya Sdn Bhd, pemilik francais PaPa Chops MaMa Grill pada hari ini di salah satu cawangan restoran ini di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Perjanjian ini turut disaksikan oleh YB Datuk Hj Maulizan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi Johor. Di antara persefahaman yang ditandatangani adalah
1. Pelajar KPYPJ iaitu dari IHYPJ dan KK boleh menjalani latihan industri di dalam bidang penyediaan makanan dan keusahawanan.
2. Staff KPYPJ berpeluang bekerjasama dengan Fokus Seraya Sdn Bhd untuk melaksanakan R&D yang berkaitan dengan makanan.
3. Semua warga KPYPJ dapat mempelajari dunia pembangunan usahawan dengan kaedah francais
4. KPYPJ menawarkan kepakaran di dalam bidang latihan untuk dikongsikan dengan semua warga PaPa Chops MaMa Grill.


14 April 2011 - KPYPJ has signed a memorandum of understanding with Fokus Seraya Sdn Bhd, the franchise owner of PaPa Chops MaMa Grill on one branch of this restaurant in Taman Mount Austin, Johor Bahru. This agreement was witnessed by YB Datuk Hj Bujang Maulizan, state exco for higher education. Among the content of the MOA
1. KPYPJ students especiall from IHYPJ dan KK may undergo industrial training in the areas of food preparation, and entrepreneurship.
2. KPYPJ staffs have the opportunity to work with Focus Seraya Sdn Bhd to undertake R & D initiatives related to food.
3. All KPYPJ staffs and students can learn franchise
4. KPYPJ offer expertise in training to be shared with all citizens of PaPa Chops MaMa Grill.

Projek Akhir Pelajar Kulinari

11 April 2011 - Pelajar-pelajar IHYPJ telah menghasilkan produk untuk matapelajaran Pastry Making 2 (Gubahan dan hiasan kek) dan Pastry Making 3 (Culinary Artistry). Kesemua hasil usaha mereka telah dipamerkan di Dewan Besar IHYPJ. Kedua-dua matapelajaran ini adalah di bawah seliaan Puan Rafidah dan juga En Faizal Salleh. Selain daripada memberi peluang kepada pensyarah menilai hasil kerja pelajar, acara ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar 'junior' mendapat pendedahan tentang bidang hiasan dan artistry ini.

Tuesday, April 5, 2011

Pertandingan Kemahiran di Kolej IKIP Kuantan

3 April 2011 - IHYPJ telah menyertai pertandingan kemahiran yang dianjurkan oleh Kolej IKIP di Taman Gelora Kuantan. En Naim Muhammad dan En Nor Shah Rizam Norazami adalah pensyarah yang bertungkus-lumus memberi petunjuk kepada peserta pertandingan ini. Di antara acara yang turut disertai oleh pelajar IHYPJ adalah ukiran buah, memasak, pengemasan dan hiasan meja makan dan perlumbaan waiter. Keputusan penuh peserta tersebut adalah :- pingat gangsa bagi acara ukiran buah, sijil pencapaian bagi masakan dan tempat ketiga di dalam pertandingan pramusaji. Pihak pengurusan kolej percaya pertandingan ini adalah latihan yang terbaik bagi pelajar-pelajar IHYPJ meningkatkan ketrampilan mereka di dalam industri ini.

3 April 2011 - IHYPJ had participated in the hospitality and culinary skills contest, organized by the IKIP College in Kuantan. Mr. Muhammad Naim and Mr. Nor Shah Rizam Norazami are the lecturers who work hard to guide the participants in this contest. Students from IHYPJ participated in fruit carving ,cooking, table setting and waiter race. Results from IHYPJ participation : - a bronze medal in the event of fruit carving, cooking and certificates of achievement for third place in the waiter race. The college management believes this competition is the best training for IHYPJ students to improve their skills in this industry.