Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semua warga IHYPJ mengucapkan Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan semua yang melawat blog ini. Semoga ibadah puasa di tahun ini mampu meningkatkan takwa kita kepada Allah swt, dan ibadah diterima oleh Allah swt.

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan

* Pintu langit dibuka.
* Pintu-pintu syurga dibuka.
* Bulan yang penuh keberkatan.
* Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
* Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
* Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
* Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
* Bulan menambah rezeki.
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)

* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber-puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

Tingkatan Puasa

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi kepada tiga, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu.

Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.

Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong."

Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.

Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justeru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

Saturday, July 23, 2011

Tawaran Kemasukan bagi SKM Penyediaan Makanan dan Peluang Kerjaya di Legoland

Kumpulan lepasan PMR, SPM, belia dan beliawanis yang berminat boleh mendaftarkan diri di dalam Kursus Penyediaan Makanan dan dipertimbangkan untuk berkhidmat di Iskandar Resort Bhd. Peluang ini adalah program khas yang ditawarkan kepada orang ramai untuk menyertai sebuah organisasi antarabangsa yang dikenali sebagai Legoland. Legoland Malaysia adalah yang pertama di rantau Asia dan yang ke 4 di dunia.

Syarat kelayakan untuk program ini adalah warganegara Malaysia 17 tahun ke atas dan boleh membaca. Latihan selama 12 bulan akan dijalankan di Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru dan selepas itu semua calon akan dilatih selama 3 bulan di Legoland sebelum menyertai organisasi tersebut. Tarikh kemasukan bagi program ini adalah 1 Ogos 2011 sehingga 12 Ogos 2011. Kepada orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi:-

Mohd Asmadi Hj Alias 019 7574 533 atau Na'am Parlan 013 7779883 atau Mohd Abdul Basit 019 7515870.

Sunday, July 10, 2011

Marilah Mencuba Mee Goreng Sotong Power

Sekiranya anda pergi ke Bandaraya Shah Alam, ada baiknya anda singgah di Kedai Makan yang menghidangkan satu menu istimewa. Kalau tak cuba, rugi tau... Warung yang dimaksudkan ini adalah kedai makan di Seksyen 2 Shah Alam, berhampiran dengan Kedai KFC dan juga 7-Eleven. Kedai makan ini diusahakan oleh Pn Noraini yang merupakan bekas pelajar IHYPJ. Setelah berkhidmat selama 7 tahun di resort terkemuka di Pulau Pinang, beliau telah membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Jadi, kalau anda pergi ke Shah Alam, jangan lupa singgah di warung berkenaan dan mencuba sendiri juadah istimewa tersebut. Kedai makan ini juga telah dilawati oleh rancangan Jalan-jalan Cari Makan terbitan TV3. Jom kita beri sokongan kepada beliau....





Saturday, July 9, 2011

Aktiviti Explore Day dan Gemilang Siswa IHYPJ 2011







Seperti yang telah dijanjikan, Hari Gemilang Siswa IHYPJ telah berlangsung dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan dapat memberi peluang kepada hampir seribu orang pelajar dan tetamu yang turut hadir menjayakan program ini.

Monday, July 4, 2011

Program Gemilang Siswa 8-9 Julai 2011



Semua pelajar dan orang ramai dijemput hadir ke Institut Hospitaliti YPJ untuk menyertai pelbagai program, pertandingan dan acara yang menarik yang disediakan kepada pengunjung. Antara program yang dijangkakan meriah adalah pertandingan memasak, pertandingan waiter, pertandingan memakan buah-buahan dan pelbagai pertandingan lain. Selain itu, taklimat mengenai peluang pendidikan di KPYPJ juga diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kewujudan KPYPJ. Program ini diperkasakan lagi dengan penglibatan Jabatan Penerangan Negeri yang turut menyenaraikan pelbagai aktiviti kenegaraan dan pertandingan yang boleh disertai oleh pengunjung. Program perasmian akan dilaksanakan pada 9 Julai 2011 jam 9:00 pagi. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Md Jais Sarday, Exco Penerangan Negeri Johor. Orang Ramai Dijemput hadir.

Berikut adalah hebahan rasmi dari Institut Hospitaliti YPJ;

Salam sejahtera, Tuan/Puan,

KUMPULAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KPYPJ) melalui salah
sebuah institusi kecemerlangannya iaitu INSTITUT HOSPITALITI YPJ
(IHYPJ), dengan kerjasama JABATAN PENERANGAN NEGERI JOHOR dan
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN MALAYSIA, akan
menganjurkan sebuah program sepertimana berikut:

PROGRAM : GEMILANG SISWA & EXPLORE DAY IHYPJ 2011
TARIKH : 8 & 9 JULAI 2011 (JUMAAT & SABTU)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : INSTITUT HOSPITALITI YPJ
(No. 3, Jln. Seri Perkasa 1/4, Tmn. Tampoi Utama
81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim)

ANTARA AKTIVITI MENARIK :
Pendaftaran Terbuka, Demo Seni Graffiti, Demo Ukiran Ais, Pertandingan
Bintang Patriotik, Pertandingan Gubahan Hantaran, Pertandingan
Mewarna, Senamseni 1 Malaysia, Wayang Pacak Moden, Pertandingan
Memasak, Kuiz Kenegaraan, Waiter Race + Demo Mocktail, Sukan Rakyat,
Deklamasi Puisi, Pameran, dan banyak lagi.

Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus
talian 019-854 8434 (RAFEE). Mohon jasa baik & kerjasama pihak
tuan/puan agar dapat dihebahkan dalam akhbar berprestij tuan/puan.
Terima kasih.