Sunday, October 14, 2012

Tahniah Mohamad Ezzani Bin Mansor

13 Oktober 2012 - Konvokesyen ke 15 telah menjadi kebanggaan keseluruhan warga IHYPJ atau Sekolah Hospitaliti di mana Saudara Mohamad Ezzani Bin Mansor telah terpilih menjadi pemenang anugerah tertinggi majlis konvokesyen kali ini. Sebagai pemenang Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor, beliau membawa pulang pelbagai hadiah termasuk sebutir pingat emas, wang tunai, piala pusingan sumbangan Persatuan Hotel Malaysia cawangan Johor, piala iringan, plak, beberapa utas jam tangan dan sijil-sijil pencapaian. Beliau yang berjaya menamatkan pembelajaran di dalam Diploma Pengurusan Hotel telah mencatat sejarah kerana berjaya mendapat GPA 4.0 di semua semester yang beliau lalui. Semasa memberi ucapan, beliau telah memberi penghargaan kepada ibu bapa yang telah bersusah-payah membantu beliau mencapai kejayaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Institut Hospitaliti terutamanya pensyarah-pensyarah dan Kumpulan Pendidikan YPJ kerana memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga sepanjang tempoh pembelajaran beliau. Beliau akan menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara demi mengejar cita-cita untuk menjadi pensyarah suatu hari kelak. Kami bangga dengan kejayaan anda dan tahniah diucapkan.
 

Gambar : Saudara Mohamad Ezzani dan Ibubapa bergambar
kenangan sebelum Majlis Konvokesyen ke 15 di Persada Johor

No comments: