Thursday, April 4, 2013

KURSUS (NDTS TRAINER TRAINING PROGRAMME (1-4 April 2013).

Johor Bahru - 1-4 April 2013. Pengurusan Kolej Komuniti YPJ telah menganjurkan kursus NDTS Trainer Training Program kepada bakal pengajar program Skim Latihan Dual Nasional(SLDN). Program yang dihadiri oleh 25 orang pengajar KKYPJ ini, dipimpin oleh pakar-pakar yang didatangkan khas dari CIAST bertujuan melatih pakar pelaksana SLDN. Program SLDN ini adalah terbuka kepada pekerja industri yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dan persijilan diri melalui Skim Latihan Dual Nasional. Program ini ada gabungan latihan melalui teori dan praktikal di dalam persekitaran kolej dan juga tempat kerja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Norlela di talian 07 2416161.



No comments: