13 Jun 2013 - Pelajar-pelajar Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru yang telah menyertai pertandingan kemahiran di pelbagai pertandingan telah diraikan oleh Pengurusan dan Staff KPYPJ. Tn Hj Razak Mohd Saad selaku Pengurus Besar KPYPJ telah berkenan menyampaikan sijil dan hadiah iringan kepada semua pelajar yang terlibat. Pelajar yang paling mendapat tumpuan adalah Muhammad Shafiq Abdul Wahid dan Aqil Haziq Fakhrullah Hanan yang berjaya membawa pulang pingan gangsa di Cabaran Kulinari Asean yang dijalankan oleh Kolej IKIP Pahang. Kedua-dua pelajar ini telah membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan rakan-rakan dari kolej lain dari seluruh negara dan dari negara-negara ASEAN. Tahniah diucapkan kepada mereka. Sementara itu, Pengarah Bahagian Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias menyatakan "Bahagian Pembangunan Kemahiran akan menghantar lebih ramai lagi pelajar untuk mendapat pendedahan di dalam pertandingan kemahiran bagi melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing. Pelajar yang berminat perlu melapor diri kepada pengajar masing-masing untuk tindakan lanjut kolej"
Akhbar Sinar Harian 14 Jun 2013
Akhbar Utusan Malaysia 14 Jun 2013
No comments:
Post a Comment