Monday, July 8, 2013
TAWARAN KURSUS PERSONAL DI KOLEJ-KOLEJ KOMUNITI YPJ
Kolej-kolej Komuniti sedang menganjurkan kursus personal yang ditaja oleh CIDB Malaysia. Program ini sesuai kepada golongan masyarakat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka. Dengan tempoh yang pendek iaitu 5 hari dan yuran percuma, pihak YPJ percaya ramai ahli masyarakat diluar boleh menyertai program ini. Sekiranya peserta individu hadir, program akan dijalankan di kolej-kolej YPJ. Namun begitu, sekiranya ada organisasi yang mahu menghantar peserta dengan bilangan yang ramai, pihak YPJ bersedia berbincang untuk melaksanakannya di premis organisasi tersebut. Justeru itu, kepada mana-mana individu atau organisasi yang berminat, sila hubungi kami di nombor yang tertera di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment