Saturday, January 31, 2015

Forum Wacana Pendidikan KYPJ

Kota Tinggi - 22 Januari 2015. Kolej Yayasan Pelajaran Johor dengan bangganya menganjurkan forum wacana pendidikan pada hari ini. Forum ini menampilkan tetamu istimewa iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohamed Salleh B. Mohd Yasin dan Dr Hamzaid Yahya. Prof Emeritus Tan Sri adalah seorang personaliti pendidikan tersohor di negara ini dimana beliau pernah menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengerusi MQA, Pengerusi beberapa buah IPTS dan Pengarah United Nation University. Manakala Dr Hamzaid Yahya adalah seorang Pakar Ekonomi yang pernah berkhidmat di aliran pendidikan sejak tahun 1975 lagi. Beliau adalah seorang penulis buku ekonomi bahasa melayu yang pertama. Beliau mengharungi cabaran menguruskan IPTS dan menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Forum ini yang dipengerusikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias membincangkan isu-isu cabaran IPT di zaman ini.

Di antara kandungan yang menarik di dalam ucapan ahli-ahli forum adalah mengenai perkembangan bisnes IPT semasa, perkongsian mengendalikan IPTS yang efektif dan pelan strategik yang harus wujud dan dilaksanakan oleh semua pihak di dalam pengurusan IPTS itu. Ahli panel forum menyampaikan dan menyentuh mengenai segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh semua organisasi IPT sejak 20 tahun yang lalu hingga sekarang. Segala cadangan dan lontaran idea yang disampaikan sudah pasti dapat membantu warga KYPJ untuk memacu perubahan positif di dalam organisasi ini.

Kata-kata aluan daripada moderator : Mohd Asmadi Hj Alias

Dr Hamzaid Yahya menyampaikan forum 

Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohd Yassin menyampaikan wacana

Antara hadirin yang hadir di dalam Forum Wacana Pendidikan


Kota Tinggi - January 22 , 2015. Kolej Yayasan Pelajaran Johor is proud to host a forum on education discourse today . This forum featuring special guests , namely Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohd Yasin and Dr Hamzaid Yahya. Prof Emeritus Tan Sri is a renowned education personality  in the country where he served as the Vice Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia , Chairman of the MQA, Chairman and Director of several private institutions and the United Nation University . While, Dr Hamzaid Yahya is an economist who has worked in education since 1975. He is the first author of Bahasa Melayu Economy textbook. He had successfully overcome challenges of managing IPTS and shows remarkable achievement. The Forum, chaired by Mr Asmadi Hj Mohd Alias ​​discuss issues and challenges in today IPT management.

       Among the interesting content in members of the forum is about current IPT business development , partnerships, effective control and the emergence of strategic planning and to be implemented by all parties in the company. Panel members had spoke about all the problems and challenges faced by all organizations IPT since 20 years ago to the present. All proposals submitted and the ideas shared would certainly help citizens of YPJ to drive positive change in the organization.

 Wajah-wajah peserta forum

Wajah-wajah peserta forum



Wednesday, January 28, 2015

Lawatan Bekas Pengarah Muzium Seni Milwaukee ke KPYPJ




Laporan mengenai lawatan Saudara Muhammad Isa Sadlon ke KPYPJ mendapat liputan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Monday, January 19, 2015

Pendaftaran Pelajar Berkeperluan Khas di Kolej-kolej Komuniti YPJ

18 Januari 2014 - Seramai 150 orang murid berkeperluan khas telah melapor diri di Kolej-kolej Komuniti YPJ pada 16 Januari 2015. Ditempatkan di kolej-kolej komuniti YPJ, mereka mendaftarkan diri di dalam pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia seperti berikut;

Di Kolej Komuniti YPJ Segamat
1. Multimedia
2. Sistem Komputer

Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat
1. Jahitan Pakaian Wanita

Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru
1. Penyediaan Makanan
2. Pastri
3. Juruteknik Automotif

Kolej Komuniti YPJ Muar
1. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
2. Mekanik Motosikal

Kolej Komuniti YPJ Kota Tinggi
1. Lanskap 
2. Pertanian

Kolej-kolej Komuniti YPJ komited untuk melatih Murid-murid Berkeperluan Khas agar mereka mampu meningkatkan kemajuan ekonomi diri dan keluarga apabila mereka tamat pengajian kelak. KPYPJ juga berusaha untuk meningkatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik agar mereka mampu mencapai standard piawaian Sijil Kemahiran Malaysia seterusnya membina kerjaya di dalam bidang yang diceburi. Seluruh warga kerja Kolej Komuniti YPJ mendoakan semoga mereka berjaya.

Suasana di perkarangan Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat 

Pegawai Kolej, Cik Anipah dan Cik Siti Akhirah menyemak dokumen murid

En Shaiful dan Cik Anipah berbincang mengenai pendaftaran

Antara Ibubapa dan murid yang menghadiri Taklimat yang 
disampaikan oleh Pengurus Kolej, En Khairul Azli Sharifudin.

Saturday, January 10, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

3 Jan 2015 - Kontinjen YPJ turut serta di dalam perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor di sini hari ini. Perarakan ini bermula dari perkarangan JOTIC sehingga ke Masjid Sultan Abu Bakar. Pejabat-pejabat kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, JKKK dan NGO turut serta memeriahkan program ini.

Setelah tamat perarakan, semua hadirin telah mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan di Masjid Sultan Abu Bakar.





Friday, January 9, 2015

Misi Kemanusiaan Membantu Mangsa Banjir

7 Jan 2015 - Misi Kemanusiaan KPYPJ membantu mangsa banjir telah di lancarkan pada hari ini oleh Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Beliau bersama 20 orang staff KPYPJ berlepas ke Temerloh Pahang untuk membantu menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Semua staff KPYPJ telah bersama-sama menyumbang wang ringgit dan sumbangan lain berbentuk pakaian dan bahan makanan. Hj Abdul Razak selaku ketua misi bantuan banjir ini turut merancang untuk membantu membersihkan kemudahan awam seperti sekolah, masjid dan sebagainya di dalam misi ini.

Majlis pelepasan konvoi telah dilaksanakan di perkarangan Wisma YPJ Holdings yang turut dihadiri 50 orang staff KPYPJ. Semasa ucapan beliau, Hj Abdul Razak menegaskan bahawa seluruh warga KPYPJ merasa prihatin si atas kejadian yang menimpa mangsa banjir di negara ini. Beliau juga mahu agar semua staff KPYPJ berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban mereka. Diharap semua staff  KPYPJ akan terus melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini, katanya.