Friday, January 9, 2015

Misi Kemanusiaan Membantu Mangsa Banjir

7 Jan 2015 - Misi Kemanusiaan KPYPJ membantu mangsa banjir telah di lancarkan pada hari ini oleh Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Beliau bersama 20 orang staff KPYPJ berlepas ke Temerloh Pahang untuk membantu menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Semua staff KPYPJ telah bersama-sama menyumbang wang ringgit dan sumbangan lain berbentuk pakaian dan bahan makanan. Hj Abdul Razak selaku ketua misi bantuan banjir ini turut merancang untuk membantu membersihkan kemudahan awam seperti sekolah, masjid dan sebagainya di dalam misi ini.

Majlis pelepasan konvoi telah dilaksanakan di perkarangan Wisma YPJ Holdings yang turut dihadiri 50 orang staff KPYPJ. Semasa ucapan beliau, Hj Abdul Razak menegaskan bahawa seluruh warga KPYPJ merasa prihatin si atas kejadian yang menimpa mangsa banjir di negara ini. Beliau juga mahu agar semua staff KPYPJ berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban mereka. Diharap semua staff  KPYPJ akan terus melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini, katanya.





No comments: