Sunday, June 28, 2015

Lagi Kejayaan Diraih oleh Pelajar YPJ

Kuantan - Kolej-kolej milik Yayasan Pelajaran Johor telah turut menyertai IKIP Asean Culinary Challenge yang diadakan di Dewan Indera Mahkota Kuantan. Kontinjen yang dianggotai 30 orang termasuk pegawai pengiring ini telah menyertai pelbagai acara seperti seni hiasan kek, masakan barat, masakan daging, ukiran buah dan sebagainya. Di dalam pertandingan ini, sebutir pingat emas yang sangat berharga telah dimenangi oleh pelajar Sekolah Hospitaliti iaitu Amir Sharifudeen Salled dan Mohd Raziqeen Kamisan. Mereka telah menarik perhatian juri dengan hasil kreatif 'Colours of Raggoli' pada kek mereka.  Pencapaian ini turut disaksikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ, Tn Hj Abd Razak Mohd Saad. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga turut menghargai kehalusan seni pada hiasan kek tersebut.

Pertandingan ini juga turut menyaksikan pingat perak turut diraih oleh Amir Mirza Bin Rosli dari pasukan Kolej Komuniti YPJ bagi kategori menu utama kambing. Kejayaan Amir Mirza merangkul pingat perak adalah kejayaan yang membanggakan seluruh warga kolej komuniti YPJ. Kontinjen YPJ juga berjaya mendapat dua pingat gangsa dari kategori Menu utama Daging dan Ukiran Buah.





No comments: