Friday, September 11, 2015

Malam Pra Graduan Sempena Majlis Konvokesyen KPYPJ ke 18

11 Sept 2015 - Malam yang gilang-gemilang bagi meraikan bakal graduan KPYPJ telah diadakan di Hotel New York hari ini. Majlis ini telah dihadiri oleh 700 orang tetamu termasuk Tuan Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Prof Emeritus Datuk Dr Salleh B Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ, Tuan Hj Onn Jabar, Pengarah Eksekutif KPYPJ dan Prof Dato Dr Mohd Noh B Dalimin, Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ.

Di dalam majlis ini, pekerja dan pelajar yang mencapai kejayaan yang membanggakan telah diberikan penghormatan yang sewajarnya oleh semua yang hadir. Di antara kejayaan yang dicapai adalah kemampuan mereka memenangi pihak di dalam pertandingan masakan di peringkat antarabangsa dan tempatan. Kejayaan memenangi 6 pingat perak dan 1 gangsa di Bangkok Thailand adalah kejayaan yang paling manis yang telah dicapai oleh mereka.

Di samping itu, pelajar terbaik setiap kursus juga menerima anugerah berupa sijil, plak dan juga cenderahati dari KPYPJ. Seramai 27 orang pelajar terbaik telah menerima anugerah masing-masing.



No comments: