Tuesday, September 29, 2015

Lawatan Pemantauan Perlaksanaan Program EPU

27 Sept 2015 - Kolej-kolej Komuniti YPJ telah menerima kunjungan En Nizam Tajul Urus dari Economic Planning Unit dan Tuan Hj Rumlan Abdul Rahman dari PEMBINA untuk menjalankan program pemantauan perlaksanaan program EPU/PEMBINA. Di antara program yang dijalankan oleh kolej-kolej YPJ adalah Juruteknik Penyamanan Udara, Kimpalan 3F/4F dan Blasting & Painting. Seramai 80 orang telah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negara ini. Kolej-kolej Komuniti YPJ mengucapkan ribuan terima kasih kerana dipilih untuk melatih pelajar dari kumpulan ini.





No comments: