Friday, November 20, 2015
Sunday, November 15, 2015
Majlis Tamat Latihan Program Murid Bekeperluan Khas
15 November 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran dengan bangganya menganjurkan Program Majlis Tamat Latihan Program Murid Bekerperluan Khas Kohort 1/2013 di Hotel Le Gandeur pada hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Cik Puan Hajjah Nor Biha Bt Buang, selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Seramai 50 orang pelajar MBK telah hadir menerima sijil masing-masing di majlis yang meriah ini dengan dihadiri oleh 200 orang ibu bapa dan tetamu.
Anugerah Pelajar Terbaik Kursus
1. Nashrul Hakim Adnan
Sistem Komputer
2. Hasrul Hisyam B. Mohd Tuki
Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
3. Muhammad Auf B Juhari
Servis & Penyelenggaraan Motisikal
4. Muhammd Fais B. Mohd Hashim
Juruteknik Automotif
5. Ainin Sofiya Bt Radzuan
Penyedia Makanan
Anugerah Khas
Mohamad Fais B Mohd Hashim
Thursday, November 5, 2015
Lawatan Rasmi ke Politeknik Negeri Bandung, Indonesia
27-29 Oktober 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran telah mengorak langkah mewujudkan hubungan kerjasama dengan organisasi antarabangsa berdasarkan pelan strategik BPK 2015-2020. Rombongan ini diketuai oleh En Naam B Parlan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran. Ahli-ahli rombongan telah melawat Politeknik Negeri Bandung(POLBAN), sebuah institusi pendidikan tinggi di Jawa Barat. Delegasi telah berjumpa dengan pengurusan politeknik tersebut bagi mendapatkan gambaran dan kaedah untuk bekerjasama di dalam bidang latihan dan pengurusan.
Politeknik tersebut adalah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah menengah di Indonesia, oleh yang demikian, pelajar yang dilatih di politeknik ini adalah di kalangan yang berminat di dalam bidang masing. Ini menyebabkan mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Politeknik ini menawarkan pelbagai bidang yang sama dengan kursus di tawarkan oleh Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor seperti elektrik, teknologi maklumat, penyejukbekuan dan penyamanan udara dan pelancongan.
Namun demikian, politeknik tersebut juga menawarkan kursus teknologi tinggi seperti penyelenggaraan pesawat, pemesinan,teknik tenaga diperbaharui, teknik kimia dan sebagainya. Pihak pengurusan politeknik juga bersedia untuk memberikan latihan teknikal percuma kepada tenaga pengajar JSTC di masa akan datang. Harapan daripada lawatan ini, akan wujud kerjasama antara JSTC dengan Politeknik Negeri Bandung bagi menyemarakkan lagi program latihan kemahiran dan teknikal di antara kedua-dua organisasi.
Bergambar di hadapan Politeknik Negeri Bandung
Bergambar di hadapan salah satu fakulti yang ditawarkan di Polban
Pesawat yang digunakan untuk latihan amali pelajar
Bersalam tanda peneriman Pengurusan Polban terhadap hasrat JSTC untuk bekerjasama
Bersama pengurusan tertinggi POLBAN
Di hadapan helikopter untuk latihan pelajar
Mendengar taklimat daripada pengajar
Beramah mesra dengan pelajar POLBAN
Wednesday, November 4, 2015
Majlis Penyerahan Hakmilik Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor
1 November 2015 - Satu majlis bersejarah dicatatkan pada hari ini kerana Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor dengan rasminya diserahkan kepada Kumpulan Pendidikan YPJ. Simbolik penyerahan dilaksanakan dengan penyerahan replika kunci dari pihak pemaju kepada Ketua Eksekutif KPYPJ, Tn Hj Abd Razak Mohd Saad.
Pertunjukan Fesyen Pelajar Diploma Pengurusan Pakaian dan Fesyen
29 Oktober 2015 - Bertempat di Hotel Pelican, Batu Pahat, sejarah tercipta apabila 13 orang calon Diploma Pentadbiran Pakaian dan Fesyen Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat telah memperagakan kepelbagaian fesyen rekaan masing-masing. Seramai 300 orang tetamu hadir di majlis ini termasuk tenaga pengesah luar, tetamu dari institusi pengajian tinggi berhampiran, kaunselor sekolah serta ibubapa pelajar. Setiap pelajar memperagakan 3 jenis pakaian dengan konsep yang berbeza. Di antara konsep yang dipilih oleh pelajar adalah konsep batik, padang pasir, kontemporari, sulaman dan sebagainya.
Kemeriahan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pakar Fesyen Negara, Tuan Salikin B Sidek yang sudi menjadi hakim kepada fesyen yang diperagakan. Semasa ucapan penggulungan, Tuan Salikin B Sidek menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang mampu menghasilkan rekaan fesyen yang mencapai piawaian pereka fesyen profesional. Beliau juga bersedia untuk memberikan pereka fesyen muda ini untuk menjalani latihan industri di rangkaian butik profesiional di Kuala Lumpur agar pelajar dapat menggilap kemahiran mereka di dalam bidang ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias.
Ucapan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran
Catwalk pereka fesyen bersama modelnya
Subscribe to:
Posts (Atom)