Thursday, November 5, 2015

Lawatan Rasmi ke Politeknik Negeri Bandung, Indonesia

27-29 Oktober 2015 - Bahagian Pembangunan Kemahiran telah mengorak langkah mewujudkan hubungan kerjasama dengan organisasi antarabangsa berdasarkan pelan strategik BPK 2015-2020. Rombongan ini diketuai oleh En Naam B Parlan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran. Ahli-ahli rombongan telah melawat Politeknik Negeri Bandung(POLBAN), sebuah institusi pendidikan tinggi di Jawa Barat. Delegasi telah berjumpa dengan pengurusan politeknik tersebut bagi mendapatkan gambaran dan kaedah untuk bekerjasama di dalam bidang latihan dan pengurusan.

           Politeknik tersebut adalah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah menengah di Indonesia, oleh yang demikian, pelajar yang dilatih di politeknik ini adalah di kalangan yang berminat di dalam bidang masing. Ini menyebabkan mereka mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Politeknik ini menawarkan pelbagai bidang yang sama dengan kursus di tawarkan oleh Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor seperti elektrik, teknologi maklumat, penyejukbekuan dan penyamanan udara dan pelancongan.

          Namun demikian, politeknik tersebut juga menawarkan kursus teknologi tinggi seperti penyelenggaraan pesawat, pemesinan,teknik tenaga diperbaharui, teknik kimia dan sebagainya. Pihak pengurusan politeknik juga bersedia untuk memberikan latihan teknikal percuma kepada tenaga pengajar JSTC di masa akan datang.  Harapan daripada lawatan ini, akan wujud kerjasama antara JSTC dengan Politeknik Negeri Bandung bagi menyemarakkan lagi program latihan kemahiran dan teknikal di antara kedua-dua organisasi.



Bergambar di hadapan Politeknik Negeri Bandung

Bergambar di hadapan salah satu fakulti yang ditawarkan di Polban

Pesawat yang digunakan untuk latihan amali pelajar

Bersalam tanda peneriman Pengurusan Polban terhadap hasrat JSTC untuk bekerjasama

Bersama pengurusan tertinggi POLBAN

 Di hadapan helikopter untuk latihan pelajar

Mendengar taklimat daripada pengajar 

Beramah mesra dengan pelajar POLBAN

No comments: