Thursday, February 11, 2016

Malam Penghargaan Staff KPYPJ

28 Januari 2016 - KPYPJ telah menganjurkan Malam Penghargaan Staff 2015 di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru pada hari ini. Malam yang berkonsepkan smart casual ini, dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot berpakaian seperti di dalam Star Wars. Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Korporat ini telah berjaya menarik kehadiran melebih 350 orang staff. Selain daripada jamuan yang menyelerakan, tetamu telah di hidangkan dengan persembahan yang bertenaga dari kalangan staff sendiri.

Semasa ucapan perasmian, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ. Hj Abd Razak Mohd Saad telah menzahirkan ucapan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh staff di dalam mencapai prestasi yang baik di sepanjang tahun 2015. Beliau juga mengumumkan komitmen syarikat untuk memberi ganjaran yang lebih baik kepada staf sekiranya pencapaian cemerlang dapat dikekalkan.

Majlis ini juga telah menyediakan melebihi 120 hadiah cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir. Jumlah hadiah yang melebihi 120 unit ini merupakan hadiah terbanyak di dalam sejarah pengajuran malam ini di KPYPJ.







No comments: