Wednesday, April 27, 2016

Potensi kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang

24 April 2016 - KPYPJ telah berbesar hati menerima kunjungan pasukan dari Universiti Malaysia Pahang. Kehadiran mereka disambut oleh En Shaiful Huzaini Damanhuri dan En Mohd Asmadi Hj Alias. Perbincangan yang lanjut akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi mewujudkan satu hubungan kerjasama yang erat di kedua-dua pihak.




Majlis Persaraan Ketua Eksekutif PEMBINA

23 April 2016 - Pihak pemgurusan PEMBINA mengucapkan selamat maju jaya kepada Tn Hj Mohamad Yahya, Ketua Eksekutif PEMBINA yang akan bersara pada bulan ini. Sebagai sebuah NGO yang aktif di dalam memperjuangkan agenda pendidikan bangsa, PEMBINA mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatan beliau. Turut mengiri persaraan Tn Hj Mohamad Yahya adalah Tuan Hj Wan Zulkifli Wan Ahmad, Tuan Hj Mohd Mahidin dan Cik Nurliyana Bt Mohd Maidin. Majlis ini telah diadakan di Kelab Shah Alam di dalam suasana yang harmoni. Selamat maju jaya Tn Hj Mohamad Yahaya dan rakan-rakan yang turut bersara pada bulan ini.






Friday, April 8, 2016

Kerjasama dengan Universitas Surabaya (UBAYA)

8 April 2016 - Delegasi dari KPYPJ telah mengadakan lawatan kerja ke Universitas Surabaya pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama antara KPYPJ dengan Universiti tersebut. Drs.Ec. Sujoko Efferin, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, telah menjadi pegawai tertinggi yang menyambut kedatangan delegasi KPYPJ. Kedua-dua pihak berminat untuk bekerjasama di dalam bidang pertukaran pekerja dan pelajar, Pengesahan dan penerimaan kurikulum kedua-dua pihak dan juga mengadakan kajian bersama.

        Universiti Surabaya adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang telah beroperasi sejak tahun 1966. Pada masa ini universiti ini mempunyai melebihi 12,000 orang pelajar di dalam pelbagai bidang. Universiti ini mempunyai jaringan kerjasama yang komprehensif dengan universiti di Australia, Taiwan, Korea dan Eropah. Universiti ini juga mempunyai melebihi 100 orang pelajar dari 20 negara termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Delegasi KPYPJ di hadapan Pintu Masuk Universitas Surabaya

Pertukaran plak kenangan antara En Shaiful dengan En Drs Ec. Sujoko

Delegasi KPYPJ dan kakitangan Universitas Surabaya bergambar kenangan bersama

Thursday, April 7, 2016

Lawatan ke Pusat Pendidikan dan Latihan Minyak dan Gas (PUSDIKLAT MIGAS), Cepu, Indonesia.

7 April 2016 - Delegasi lawatan dari KPYPJ telah berpeluang untuk melawat dan mendengar penerangan daripada kakitangan PUSDIKLAT MIGAS. Sebagai sebuah institusi yang dimiliki oleh kerajaan Indonesia, pusat ini mampu menawarkan kursus yang komprehensif di dalam bidang minyak dan gas. Bidang yang dimaksudkan ini merangkumi fasa Upstream, Midstream dan Downstream. Pusat latihan milik Kementerian Mineral dan Sumber Asli ini mampu melatih seribu orang di dalam satu masa.


Pusat Pendidikan dan Latihan Minyak dan Gas, PUSDIKLAT MIGAS Cepu, Jawa Tengah, Indonesia

Delegasi KPYPJ. EnergyQuest dan pegawai-pegawai kanan PUSDIKLAT MIGAS

 
 Taklimat mengenai perlaksanaan kursus melawan kebakaran yang diadakan di pusat tersebut

Kemudahan untuk menjalankan Non Destructive Test (NDT) di PUSDIKLAT

Hasil pelajar kursus kimpalan 6G 

Makmal Programmable Logic Controller 

Di antara peralatan dari industri yang digunakan sebagai alatan bantu mengajar

Pelantar minyak yang masih beroperasi menghasilkan 50 tong minyak mentah sehari dan digunakan oleh PUSDIKLAT MIGAS sebagai bilik darjah tertua di negara itu.

 Simulator di pusat kawalan operasi penggerudian

Hj Abdul Rashid A Rahman sedang melihat jenis-jenis mata penggerudi yang digunakan untuk kerja-kerja penggerudian

Simulator yang digunakan di bilik kawalan (control room) untuk proses penggerudian 

 Bp Hadiono menerangkan mengenai proses penghasilam minyak mentah 

 Makmal simulasi penghasilan produk petroleum daripada minyak mentah

 Kelas yang sedang dijalankan di pusat tersebut

Dari kiri Hj A Rashid, En Mohamad Khadzir, Hj Abd Razak dan En Ngadni


KPYPJ Memeterai MOU dengan Energy Quest Sdn Bhd.

7 April 2016 - Pada hari ini, satu perjanjian persefahaman antara Kumpulan Pendidikan YPJ dengan EnergyQuest Sdn Bhd telah termeterai. Perjanjian ini adalah untuk mewujudkan kerjasama di dalam pendidikan dan latihan teruramanya di dalam bidang Minyak dan Gas. KPYPJ diwakili oleh Tn Hj Abdul Rashid A Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif manakala EnergyQuest pula diwakili oleh En Ngadni B Temon, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

EnergyQuest adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang fokus kepada industri minyak dan gas. Sebagai sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai Enterprise 100, syarikat ini mempunyai jaringan industri yang meluas yang melibatkan organisasi dalam dan luar negara. Di antara syarikat gergasi petroleum yang menjadi pelanggan syarikat ini adalah Exxon Mobil, Petronas Carigali dan Murphy Oil. Di dalam latihan pula, syarikat ini bekerjasama dengan pusat pendidikan dalam dan luar negara seperti Universiti Teknologi Petronas, Institut Teknologi Bandung dan Heriott Watt University United Kingdom. Maklumat lanjut mengenai syarikat ini, sila rujuk http://www.energyquest.com.my

Di samping menandatangani perjanjian persefahaman, EnergyQuest telah memperkenalkan KPYPJ kepada sebuah Pusat Pendidikan dan Latihan Minyak dan Gas yang dikenali sebagai PUSDIKLAT MIGAS yang beroperasi di Bandar Cepu, Jawa Tengah, Indonesia. Pusat ini yang beroperasi sejak tahun 1887 menyediakan latihan dan pendidikan khususnya di dalam bidang minyak dan gas. Pusat ini diiktiraf antarabangsa di mereka telah melahirkan tenaga pekerja di dalam industri minyak dan gas ke seluruh dunia seperti Papua New Guinea, Myanmar, Iraq dan lain-lain. Di dalam perbincangan yang singkat antara KPYPJ, EnergyQuest dan PUSDIKLAT, satu persefahaman rangka kerja kerjasama akan diwujudkan bagi melahirkan tenaga kerja yang profesional di dalam bidang ini.

Sessi menandatangani dokumen MOU

Sessi penyerahan dokumen MOU

Sessi menandatangani dokumen 

Bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi PUSDIKLAT MIGAS 

Penyerahan Cenderahati KPYPJ 

Penerimaan cenderahati dari PUSDIKLAT  MIGAS