Thursday, April 7, 2016

KPYPJ Memeterai MOU dengan Energy Quest Sdn Bhd.

7 April 2016 - Pada hari ini, satu perjanjian persefahaman antara Kumpulan Pendidikan YPJ dengan EnergyQuest Sdn Bhd telah termeterai. Perjanjian ini adalah untuk mewujudkan kerjasama di dalam pendidikan dan latihan teruramanya di dalam bidang Minyak dan Gas. KPYPJ diwakili oleh Tn Hj Abdul Rashid A Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif manakala EnergyQuest pula diwakili oleh En Ngadni B Temon, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

EnergyQuest adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 2004 yang fokus kepada industri minyak dan gas. Sebagai sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai Enterprise 100, syarikat ini mempunyai jaringan industri yang meluas yang melibatkan organisasi dalam dan luar negara. Di antara syarikat gergasi petroleum yang menjadi pelanggan syarikat ini adalah Exxon Mobil, Petronas Carigali dan Murphy Oil. Di dalam latihan pula, syarikat ini bekerjasama dengan pusat pendidikan dalam dan luar negara seperti Universiti Teknologi Petronas, Institut Teknologi Bandung dan Heriott Watt University United Kingdom. Maklumat lanjut mengenai syarikat ini, sila rujuk http://www.energyquest.com.my

Di samping menandatangani perjanjian persefahaman, EnergyQuest telah memperkenalkan KPYPJ kepada sebuah Pusat Pendidikan dan Latihan Minyak dan Gas yang dikenali sebagai PUSDIKLAT MIGAS yang beroperasi di Bandar Cepu, Jawa Tengah, Indonesia. Pusat ini yang beroperasi sejak tahun 1887 menyediakan latihan dan pendidikan khususnya di dalam bidang minyak dan gas. Pusat ini diiktiraf antarabangsa di mereka telah melahirkan tenaga pekerja di dalam industri minyak dan gas ke seluruh dunia seperti Papua New Guinea, Myanmar, Iraq dan lain-lain. Di dalam perbincangan yang singkat antara KPYPJ, EnergyQuest dan PUSDIKLAT, satu persefahaman rangka kerja kerjasama akan diwujudkan bagi melahirkan tenaga kerja yang profesional di dalam bidang ini.

Sessi menandatangani dokumen MOU

Sessi penyerahan dokumen MOU

Sessi menandatangani dokumen 

Bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi PUSDIKLAT MIGAS 

Penyerahan Cenderahati KPYPJ 

Penerimaan cenderahati dari PUSDIKLAT  MIGAS

No comments: