Tuesday, May 23, 2017

Kursus Kempimpinan IPT

Ahli-ahli Pengurusan KYPJ menyertai kursus Kepimpinan Akademi IPT Masa Kini pada 18 Mac 2017. Kursus yang dianjurkan oleh KPYPJ Management Services SB. Penceramah yang dijemput menyampaikan ilmu adalah Prof Ir. Dr Azrai B Mohd Kassim dari UTM dan Prof Datuk Dr Noh B Dalimin dari UTHM. Perlbagai tajuk dan nasihat telah disampaikan oleh kedua-dua personaliti ini. Adalah diharapkan agar ilmu yang disampaikan oleh mereka dapat dilaksanakan di KYPJ.





Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan di Klana Resort Seremban

21 Februari 2017 - Mesyuarat Majlis Kejasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) kali ke 26 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Klana Resort Seremban. Mesyuarat ini diadakan bagi meningkatkan agenda pembangunan TVET di kalangan rakyat Malaysia. Mesyuarat MKKY pada kali ini dirasmikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dan juga turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan


Dato Menteri Besar Negeri Sembilan berbual dengan Ahli MILKY

YAB Menteri Pendidikan Menyampaikan Cenderahati kepada YAb Menteri Besar Negeri Sembilan

 Mesyuarat sedang berjalan

Ahli-ahli mesyuarat bergambat kenangan di perkarangan hotel

Program Unity Run

20 Februari 2017 - Program Unity Run telah diadakan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor anjuran Bahagian Pemasaran, Korporat dan Hubungan Industri. Program ini dianjukan bagi meningkatkan lagi tahap kerjasama di antara pelajar dan staff dan sebaliknya. Seramai 900 orang telah terlibat di dalam program ini. Peserta memulakan acara dengan bersenam beramai-ramai dan larian di kawasan sekeliling kampus. 







Majlis Perasmian The Food Loft Hajar Integrated (M) Sdn Bhd

13 Februari 2017 - Majlis perasmian The Food Loft yang dimiliki oleh Hajar Integrated (M) Sdn Bhd telah dirasmikan dengan jayanya pada hari ini. The Food Loft adalah sinonim dengan Kolej KPYPJ kerana seramai 13 orang alumni KKTJ Johor Bahru telah menjadi pekerjanya sejak dari mula The Food Loft ini ditubuhkan. Lebih membanggakan lagi, pelajar-pelajar dari KKTJ Johor Bahru ini merupakan belia yang dipilih dari Daerah Padang Terap Kedah. Tahniah diucapkan kepada mereka.





Alumni IHYPJ menjadi usahawan penyediaan makanan berjaya

Jika anda ke Johor Bahru dan nak cari tempat makan... singgahlah ke Al Mizan Tepian Tebrau gerai no 18&19. Selain drpd satenya yg terbaik, ada juga masakan Johor seperti Asam Pedas dan juga macam2 menu yang lain. Sedap tau... Owner dia adalah alumni KYPJ iaitu saudara Syarif Mizan. Jom pakat singgah.... Beliau juga mempunyai sebuah restoran yang menggunakan jenama yang saya di Kampung Melayu.



Kumpulan Pendidikan YPJ Menyertai Karnival Pelajaran MARA