Tuesday, May 23, 2017

Alumni IHYPJ menjadi usahawan penyediaan makanan berjaya

Jika anda ke Johor Bahru dan nak cari tempat makan... singgahlah ke Al Mizan Tepian Tebrau gerai no 18&19. Selain drpd satenya yg terbaik, ada juga masakan Johor seperti Asam Pedas dan juga macam2 menu yang lain. Sedap tau... Owner dia adalah alumni KYPJ iaitu saudara Syarif Mizan. Jom pakat singgah.... Beliau juga telah membuka sebuah restoran yang menggunakan jenama yang sama di Kampung Melayu, Johor Bahru. Sebagai seorang usahawan, Syarif juga telah mengembangkan jenama beliau apabila membuka perniagaan makanan secara buffet pada bulan Ramadhan yang menggunakan kemudahan Pusat Konvensen di Danga Bay Johor Bahru. Buffet Ramadhan Al Mizan ini berjaya menjadi tarikan utama orang ramai dengan menggunakan inovasi untuk memberikan pengalaman buffet yang terbaik kepada pengunjung. Melalui strategi ini, ramai pelanggan yang hadir menjamu selera di lokasi ini sehingga kerap kali kehadiran penuh 'full house' pusat konvensen tersebut.




No comments: