8 Ogos 2009 - Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Awatif Abdul Rahim kerana diistiharkan sebagai pemenang anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor di atas pencapaian cemerlang keseluruhan menewaskan 565 calon lain di majilis Konvokesyen KPYPJ ke 12 hari ini. Penantian IHYPJ untuk memenangi anugerah berprestij selama 12 tahun berakhir dengan kejayaan beliau sekaligus membawa pulang wang tunai, trofi dan sijil-sijil pencapaian cemerlang. Anak kepada guru matematik ini berasal dari Kedah ini telah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif 3.79 bagi keseluruhan pembelajaran beliau. Pengorbanan keluarga dan beliau sendiri sudah tentu memberi pulangan yang sangat bermakna dengan pengiktirafan ini. Untuk laporan penuh di laman web utusan malaysia, sila klik di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
No comments:
Post a Comment