Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua ahli keluarga IHYPJ. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberi manfaat yang besar kepada kita. Jangan lupa amalan baik akan diberi ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadhan. Beramal baiklah pada bulan ini kerana kita tidak pasti samada akan berjumpa lagi dengan ramadhan yang seterusnya. Berikut adalah beberapa sms kreatif yang kita terima dari sms rakan-rakan.....

1. Syaaban pergi tidak terasa, ingatan murni pada yang ada, bersihkan jiwa sabar berpuasa, ramadhan membawa pahala berganda.
2. Awwaluhu rahmah, wa ausithuhu maghfirah wa akhiruhu itqun minannar. Ramadhan al mubarak
3. Bulan Ramadhan ni awak suka dengar ape?
Radio?
Nasyid?
Mp3?
Lagu Raya?

Awak tipu...

Awak suka dengar Azan Maghrib, kan? hehe Selamat berpuasa...
4. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Semoga Allah menerima semua amalan baik kita di bulan yang mulia ini.
5. Selamat berRamadhan sama2 kita setup niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa, top up ilmu moga dapat redeem keberkatannya.

No comments: