Sunday, November 22, 2009

120 Pelajar IHYPJ Membuat Lawatan Sambil Belajar


Seramai 120 orang pelajar Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari dan Diploma Pengurusan Hotel telah mebuat lawatan ke Kilang Ayamas dan Tesco Kulai baru-baru ini. Ini merupakan projek pelajar tahun akhir dalam kursus Keusahawanan. Melalui lawatan ini, pelajar dapat melihat sendiri secara dekat pemprosesan ayam di kilang yang terletak di Bandar Tenggara , Kulai. Ayam yang diproses akan dibekalkan kepada restoran KFC dan pasaraya di negeri Johor. Kilang ini berupaya memproses sejumlah 20,000 ekor ayam sehari . Pelajar juga dibawa ke Orchard Golf YPJ di mana kampus KPYPJ akan dibina kelak berhampiran. Seterusnya, pelajar membuat lawatan ke pasaraya besar Tesco Kulai. Pelajar diberi peluang menjejaki ke setiap bahagian di Tesco dari tempat pemunggahan barang hingga ke tempat jualan. Pelajar ditemani oleh En Hod bin Amin dan pensyarah pengiring iaitu Pn Sheilanorhila, Pn Farah Salwani ,En Mohd Faizal , Cik Mahfuzzah, Pn Norazilah dan En Fairuz. IHYPJ mendoakan ada di kalangan pelajar dari IHYPJ yang dapat mengaplikasikan dapatan dari rombongan ini apabila mereka memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

No comments: