Sunday, November 1, 2009

Study jangan Tak Study...

Bersempena dengan musim peperiksaan yang semakin hampir, semua pelajar IHYPJ disarankan untuk kembali menyemak kerja kursus setakat ini. Kemudian membuat tindakan sewajarnya kepada segala permasalahan yang timbul (jika ada). Sebagai contoh, sekiranya sehingga ke hari ini, pelajar ketinggalan untuk membuat kuiz dan kerja kursus, ini adalah masa yang paling sesuai untuk membetulkan keadaan. Sila berjumpa dengan pensyarah masing-masing.

Peperiksaan akhir juga sudah mula terasa bahangnya, oleh yang demikian, pelajar-pelajar IHYPJ diingatkan untuk mula mengulangkaji, buat latihan dan juga membaca bahan-bahan yang mungkin akan ditanya di dalam peperiksaan akhir nanti. Usaha + Tawakkal dan Doa diperlukan pada minggu peperiksaan nanti. Selamat berjaya.

No comments: