Tuesday, December 22, 2009

Pelajar IHYPJ Cemerlang di Pertandingan Pencarian Chef Kreatif Tani








21 Disember - Pelajar IHYPJ telah merangkul tempat pertama dan kedua bagi pertandingan akhir Pencarian Chef Kreatif Tani yang dianjurkan oleh FAMA yang diadakan di De Palma Inn Shah Alam. Majlis perasminan pertandingan ini telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi FAMA , Datuk Badruddin Amiruldin. Pertandingan ini telah menarik minat penyertaan sejumlah 500 penyertaan dan menariknya pelajar seramai 4 orang pelajar IHYPJ telah terpilih di peringkat akhir daripada seramai 10 orang peserta akhir. Hasilnya, tempat pertama dan kedua telah dimenangi oleh pelajar IHYPJ yang dimenangi oleh Saudara Noor Hamizi bin Salman dan saudari Naidazatul Hafia bt Omar. Saudara Noor Hamizi berjaya membawa pulang Trofi, Sijil Penyertaan, Hamper serta hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Peserta akhir dari IHYPJ yang mendapat saguhati adalah Faezah bt Hamzah dan Mohd Norhamizan B Abu Hasan. Pensyarah yang mengiringi ialah En. Mohd Naim bin Mohamad, En Faizal Jaafar dan Cik Mahfuzah binti Jaafar. Pengarah IHYPJ semasa memberi ucapan tahniah kepada pelajar berkenaan menyatakan "Ini membuktikan bahawa peruntukan yang disediakan kolej digunakan dengan sebaiknya oleh chef-chef muda dari IHYPJ ini. Mereka telah berjaya dengan cemerlang. Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan manis ini"
December 21 - IHYPJ students has won first place and second for the final search Creative Chef Tani organized by FAMA, which was held at De Palma Inn Shah Alam. This competition has been officiated by the Chairman of FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin. This competition has attracted the participation of a total of 500 entries and a total of 4 students from IHYPJ were selected at the end of the final 10 participants. As a result, the first and second place was won by Noor Hamizi bin Salman and Naidazatul Hafia bt Omar. Noor Hamizi successfully bring home trophy, certificate of participation, a hamper and a cash prize of RM1, 000. Finalists from the IHYPJ who get consolation is Faezah bt Hamzah and Mohd Norhamizan B Abu Hasan. Lecturer who are accompanying these students are Mr. Mohd Naim bin Mohamad, Mr. Faizal Jaffar and Ms. Mahfuzah Jaafar. Director IHYPJ while congratulating the students says "This proves that the allocation provided by the colleges was used effectively by young chefs from IHYPJ. Excellent work. Congratulations also to the trainers who became the backbone of this sweet success"

No comments: