Tuesday, December 22, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

Pada 18 Disember 2009 yang lalu, kita melangkah tahun ke 1431 bagi kalendar Islam. Kepada semua warga IHYPJ samada staff dan juga pelajar, marilah bersama-sama meningkatkan kepekaan kita terhadap mencari kejayaan yang lebih bermakna di dalam diri masing-masing. Di dalam arus permodenan negara masa ini, adakah kita memikirkan persediaan kita menghadapi dunia ini dengan pencapaian yang cemerlang. Pencapaian cemerlang samada kepada organisasi, kumpulan kecil, komuniti di sekeliling rumah kita dan tidak dilupakan pencapaian cemerlang kepada diri sendiri.

No comments: