Tuesday, December 22, 2009

Pelajar IHYPJ menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam



Seorang lagi pelajar IHYPJ telah menyertai alumni IHYPJ yang menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Zainol Ariffin B Zainuddin. Beliau menyambung pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dengan Kepujian. Semasa ditemubual, Zainol menyatakan penghargaan beliau kepada semua warga IHYPJ kerana membantu beliau di dalam proses permohonan masuk ke UiTM seterusnya merealisasikan cita-cita beliau memegang segulung ijazah IPTA tempatan. Situasi ini juga membuktikan bahawa lepasan IHYPJ tiada masalah untuk diterima masuk di IPTA tempatan mahupun IPT luar negeri. Berikut adalah beberapa pelajar IHYPJ yang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi
UiTM -Najihah Salwana Sanusi, Mohd Sufri Johari, Siti Balkis Bakri, Nurwani Sholahudin dan Nor Azhar Wahab.
UPM -
UUM -Norfarishanna Abu Hassan
UMS -
UNIMAS -
UNITAR -Umi Melati Malik, Noor Hayat Saiman
Universiti Terbuka Malaysia - Wazreduan, Husni Mohd Amin,Mohd Adi Idris, Nurhirza Shaharudin, Nur Faezah Jaafar.
MSU - Sathiah A/P Shanmugan

No comments: