Wednesday, June 2, 2010

IHYPJ menyertai Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan





2 Jun 2010 - IHYPJ telah mewakili Daerah Johor Bahru ke Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan peringkat negeri Johor. Pertandingan ini diadakan di Dewan Jubli Intan Pontian. Pasukan ini diwakili oleh Mohamad Ezzani Bin Mansor, Erma Hamira Binti Abd Ghaffar dan Hadmirahusna Antika Binti Adnan. Dengan menggunakan nama Kumpulan Warisan Perkasa, pasukan ini mempertaruhkan tajuk "Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan". Walaupun tidak berjaya menjadi Johan, pasukan IHYPJ telah berjaya membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM1,000. Seluruh warga kolej mengucapkan tahniah kepada kejayaan pasukan IHYPJ ini. Penghargaan juga harus diberikan kepada rakan-rakan pelajar dari IHYPJ yang turut hadir memberikan sokongan kepada wakil dari IHYPJ ini.

Ketika memberikan komen, Pn Norhaida berkata "Pertandingan ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada peserta IHYPJ kerana mereka bersaing dengan peserta yang profesional di dalam pertandingan ini. Sudah pasti pasukan IHYPJ akan membuat persediaan awal untuk menghadapi pertandingan ini tahun depan."

June 2, 2010 - IHYPJ represented the district of Johor Bahru to the state tournament of Pengkisahan Kenegaraan Johor. The competition was held at Diamond Jubilee Hall Pontian. The team is represented by Ezzani Bin Mohamad Mansor, Erma Hamira Binti Abd Ghaffar and Hadmirahusna Antika Binti Adnan. By using the name Kumpulan Warisan Perkasa, the team presented the title "Father of Independence Tunku Abdul Rahman." Although not able to be the champion, IHYPJ team has brought home a trophy, certificate and cash amounting to RM1,000. The entire college congratulate the success of this team. Appreciation must also be given to friends who were present and give strong support to the team.

The contingent leader, Mrs. Norhaida said "competition is a very meaningful experience to participants IHYPJ because they compete with professional players in this tournament. IHYPJ course team will make preparations for the competition next year."

No comments: