Wednesday, September 29, 2010
Sijil Profesional Pengurusan Perhotelan
27 September 2010 - Senai, Johor. Seramai 50 orang pemuda dan pemudi yang terpilih telah mendaftarkan diri di dalam kursus ini. Pendaftaran yang dimulakan pada jam 8 pagi dan kesemua pelajar menyelesaikan urusan pendaftaran pada jam 11 pagi. Kesemua peserta kemudiannya mendengar kata-kata aluan yang disampaikan oleh En Mohd Asmadi Hj Alias. Antara kandungan ucapan En Asmadi adalah agar peserta kursus ini mengambil peluang latihan ini sepenuhnya demi mencapai kecemerlangan peribadi di dalam lapangan kerjaya di masa akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa peserta-peserta ini adalah yang dipilih untuk mencapai rakyat berpendapatan tinggi. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Iskandar Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada IHYPJ di dalam menganjurkan kursus ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment