Monday, November 8, 2010

KPYPJ menerbitkan Jurnal Ilmiah




2 November 2010 - KPYPJ dengan bangganya telah menerbitkan Jurnal Saujana edisi pertama pada hari ini di Persada Johor, Johor Bahru. Pelancaran di sempurnakan oleh Dato' Hj Zalil B Hj Baron, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor. Seramai 80 orang tetamu telah hadir di dalam majlis pelancaran jurnal tersebut. Antara tajuk-tajuk yang terkandung di dalam jurnal tersebut adalah mengenai kewangan islam, komitmen di tempat kerja, komunikasi asertif, sistem pengurusan zakat dan sebagainya.

Pihak jawatankuasa jurnal juga mengalu-alukan orang-ramai yang berminat untuk menyumbang penulisan mereka untuk dimuatkan ke dalam jurnal keluaran akan datang. Jurnal Saujana boleh dibeli dengan harga RM10. Kepada orang ramai yang mahu menyumbang penulisan atau mendapatkan jurnal tersebut boleh menghubungi Puan Rahmah Bt. Sukhairi di talian 07 2415184

No comments: