Thursday, January 13, 2011

IHYPJ dinobatkan Unit Terbaik KPYPJ 2010





13 Januari 2011 - IHYPJ telah dinobatkan sebagai unit terbaik keseluruhan KPYPJ bagi tahun 2010. Pengisytiharan ini dilakukan bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baru dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang KPYPJ yang dijayakan di Sangkar Kristal, berhampiran dengan Pasir Pelangi, Johor Bahru. IHYPJ menerima plak kenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, En Abd Alim bin Shukor. Selain daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ berkenan menyampaikan ucapan amanat tahun baru dimana beliau menyentuh mengenai pelbagai aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua staff. Beliau mengingatkan agar semua staff dapat meningkatkan mutu kerja selari dengan matlamat kerajaan yang mahukan semua rakyat fokus kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau juga menyentuh mengenai peluang kenaikan pangkat bagi pensyarah untuk menjadi pensyarah kanan dan seterusnya memegang tanggungjawab akademik sepenuhnya di kolej sebagai persiapan KPYPJ berpindah ke kampus induk pada tahun 2012 nanti. Di dalam majlis itu juga, anugerah kepada pekerja setia, berdisiplin, berinovasi dan mithali juga disampaikan kepada yang terpilih. Tahniah diucapkan kepada IHYPJ dan diharap agar kejayaan ini dapat meningkatkan lagi semangat staff untuk bekerja bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya.

IHYPJ was named as the best overall unit in 2010 KPYPJ. This declaration was made in conjunction with the "Amanat Tahun Baru & Anugerah Khidmat Cemerlang" ceremony held in the Sangkar Kristal, near the Pasir Pelangi, Johor Bahru. IHYPJ received a plaque and a cash prize of RM5,000 which is delivered by the Chief Executive Officer KPYPJ, Mr Abd Alim bin Shukor. Before handing over prizes, Chief Executive Officer KPYPJ was pleased to extend his New Year message in which he touched on many important aspects which need to be addressed by all staff. He reminded all staff to improve the quality of work in line with government's aim who wants all people to focus on high-income economy. He also touched on promotion opportunities for lecturers to senior lecturer and later held responsibility as a full academic college as preparation before KPYPJ moved to the new campus in 2012. In the event, other awards are also declared to employees who are loyal, disciplined, innovative and exemplary. Congratulations to IHYPJ and hope that this success to increase the staff motivation to work hard and give the best to students.

No comments: