Monday, March 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IHYPJ




11 Mac 2011 - IHYPJ telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini di perkarangan Dewan Pelajar. Seramai 350 orang telah turut sama memeriahkan majlis berkenaan. Program ini dimulakan pada jam 9:00 pagi melalui perarakan pelajar dan staf kolej. Setelah bacaan ayat-ayat suci alquran dan persembahan nasyid, majlis ini dimeriahkan lagi dengan ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh YBhg Ustaz Hj Mohamed Nasir B. Hj Amir dari Majlis Agama Johor. Selepas ceramah agama, semua hadirin turut sama menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur program ini.

No comments: