Tuesday, April 17, 2012

Pesta Sukan Antara Staf KPYPJ Meriah











13-15 April 2012 - Seramai 355 orang staf KPYPJ telah terlibat dengan pesta sukan yang dikenali sebagai PESAS 2012. Pesta sukan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staff KPYPJ yang datang dari pelbagai unit dan daerah. Sebanyak 9 acara dipertandingkan antaranya futsal, bolajaring, badminton, ping pong, bowling dan sebagainya. Pengerusi jawatankuasa PESAS 2012, En Mohd Asmadi Hj Alias memaklumkan bahawa pesta ini memberi peluang kepada semua staff terutamanya yang baru dapat berkenalan dan beramah mesra dengan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dan staf yang lain. Buat julung kalinya, pesta ini menyaksikan penglibatan secara langsung Ketua Eksekutif KPYPJ di dalam banyak acara sukan. Semasa majlis perasmian penutup, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ telah memuji komitmen semua pihak terutamanya AJK dan juga peserta yang menyertai acara dan juga menghadirkan diri semasa acara sukan berjalan. Pasukan gabungan KPYPJ dengan Kolej Islam Johor telah ditabalkan sebagai juara dengan 42 markah. Naib johan pula disandang oleh Bahagian Kemahiran dengan mata sebanyak 40. Pesta sukan ini akan diteruskan di masa akan datang di mana Institut Teknologi Perindustrian telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pesta tersebut tahun hadapan.


13 to 15 April 2012 - A total of 355 staff have been involved the sport festival known as PESAS 2012. This festival was organized to strengthen ties among KPYPJ staff from different units and regions. A total of nine events contested in this edition such as futsal, netball, badminton, table tennis, bowling and so on. 2012 PESAS committee chairman, Mr Asmadi Hj Mohd Alias ​​said that this festival provides an opportunity for all staff, particularly new ones to get to and mingle with the Chief Executive Officer and other KPYPJ staff. For the first time, the festival has seen the direct involvement KPYPJ Chief Executive in many contested games. During the closing ceremony, Chief Executive Officer KPYPJ has praised the commitment of all parties, including the committee members and participants to attend the event and participate in sporting events. KPYPJ and Johor Islamic College team was crowned as champions with 42 points. The runner up position held by the Kolej Komuniti with a score of 40. This sports festival will continue in the future in which the Institute of Industrial Technology has been selected to host the festival next year.

No comments: