Tuesday, June 24, 2014

KPYPJ Menandatangani Memorandum Persefahaman Dengan 28 Rakan Industri






23 Jun 2014 - Pada hari ini, KPYPJ berjaya memeterai perjanjian dengan 28 syarikat di dalam pelbagai bidang termasuk kulinari, perhotelan, elektrikal, pertanian, landskap, sistem komputer dan sistem maklumat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj Md Jais B Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Johor. Semasa ucapan perasmiannya, YB Hj Md Jais turut menyentuh mengenai peranan KPYPJ kepada masyarakat Johor terutamanya untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir untuk keperluan industri semasa. Beliau juga menyentuh tentang penjenamaan semula KPYPJ sebagai salah satu agensi di bawah kelolaan negeri yang relevan dan berprestasi tinggi.

Menurut Pengarah Pembangunan Kemahiran, Mohd Asmadi Hj Alias "Hubungan kerjasama ini diharap dapat merapatkan jurang antara keperluan industri dengan kemampuan graduan yang dihasikan oleh Kolej-kolej Komuniti YPJ pada masa ini. Syarikat yang menandatangani perjanjian juga berpeluang untuk bersama-sama memberikan maklumbalas indusri seterusnya memilih pelajar yang berpotensi untuk diambil bekerja. Sebagai menghagai amanah yang diberikan kepada KPYPJ, Bahagian Pembangunan Kemahiran berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan latihan kemahiran di kolej-kolej komuniti agar pelajar mendapat latihan yang sewajarnya dan mendapat tempat di dalam industri yang berkaitan seterusnya meningkatkan pendapatan sehingga membantu negara mencapai status negara maju pada tahun 2020"

Di samping menjalinkan hubungan industri, KPYPJ juga mempunyai tenaga dalaman yang merupakan pengajar pakar yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di dalam bidang masing-masing. Mereka ini turut menyumbang kepada negara di mana mereka dipelawa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di dalam perbincangan, pemantauan, pengesahan kualiti dan sebagainya. Pakar-pakar tersebut adalah En Naam B Parlan bidang kejuruteraan awam, En Abdul Razak Majid bidang Sistem Komputer, Pn Norlelawati Akim bidang Kulinari, En Nasri Sakiman bidang  Sistem Komputer, En Shah Rizan Thamrin bidang Kulinari, Zobree Alauidin Misman bidang Multimedia Kreatif, En Mohd Roszi Husin bidang Elekrik, En Mohd Shamsul Abdullah bidang Elektrik dan En Paisal Bakar bidang Kulinari.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan 15 orang pelajar tahap 3 jahitan pakaian wanita Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat yang memperagakan hasil kreativiti masing-masing. Mereka memperagakan pakaian pengantin wanita dan juga lelaki yang dihasilkan dalam tempoh pengajian di Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat.



Keseluruhan Syarikat yang menandatangani perjanjian persefahaman dengan KPYPJ adalah;-
1. Hotel Grand Paragon
2. Hotel Mutiara Johor Bahru
3. Hotel Seri Malaysia
4. Hotel Maya, Kuala Lumpur
5. Velle Capital Sdn Bhd.
6. Z&D Engineering Sdn Bhd
7. NIN Maju Enterprise
8. Pernigaan Alaf Baru
9. Hydrin Auto Service and Equipment
10. Silver Gear Sdn Bhd
11. Saksama Otomobil Sdn Bhd. (Toyota)
12. Harta Plus Venture
13. AKM Tani
14. E Office Agro Plantation
15. Sarjani (M) Sdn Bhd
16. Jalinan Ain
17. Ayunas Enterprise
18. Jalinan Alam Seni
19. Nimota (M) Sdn Bhd
20. SSBA Enterprise
21. HAZ Polaris Engineering Sdn Bhd
22. ABS Air Condition Engineering
23. WNA Idaman Trading
24. SOVEREIGN Multimedia Resources
25. Mix Linac Enterprise
26. RNE Solution
27. Astij Tekstil Sdn Bhd
28. Myza Collection
29. MOCA Resources Sdn Bhd
30. AUTO Part Sdn Bhd
31. Mansor Ayah Tailor

No comments: