11-12 Jun 2014 - Kolej-kolej Komuniti YPJ pada masa ini sedang melatih 81 orang pelajar yang biayai oleh EPU-PEMBINA. Program ini adalah initsiatif PEMBINA, sebuah NGO yang prihatin untuk meningkatkan ekonomi golongan bumiptera melalui latihan dan pendidikan. Melalui kerjasama KPYPJ dengan PEMBINA ini, lebih 75 orang pelajar dari keluarga miskin mendapat peluang pembelajaran dan mendapatkan sijil kemahiran untuk tujuan mendapatkan kerjaya yang lebih baik. Pegawai yang hadir adalah Tn Hj Rumlan Abd Rahman dan Tn Hj Wan Zulkifli B Ahmad. Kedua-dua pegawai mendengar laporan yang dibentangkan oleh pengurus-pengurus Kolej-kolej Komuniti YPJ. Pelbagai isu berkaitan juga dibincangkan pada sesi soal jawab antara pihak PEMBINA dengan KPYPJ. Diharap program dan kerjasama erat antara kedua-dua organisasi ini berterusan dan meningkatkan martabat latihan kemahiran di negara ini.
No comments:
Post a Comment