Wednesday, March 2, 2016

Majlis Tamat Latihan Program Intervensi Belia India

Johor Bahru - Satu Majlis Perasmian dan Penutup Program Intervensi Masyarakat Belia India telah berlangsung di Hotel Grand Paragon Johor Bahru hari ini. Program ini dirasmikan oleh YB R. Viyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor.  Turut hadir adalah Hj Abd Razak Mohd Saad Ketua Eksekutif KPYPJ dan Pn Aishah Bt Abu Bakar dari Yayasan Pelajaran Johor.

Bahagian Kemahiran YPJ telah dilantik untuk melatih seramai 88 orang belia India untuk mendapatkan kemahiran. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberikan peluang latihan yang inklusif kepada rakyatnya. YPJ sebagai badan yang dipertanggungjawabkan telah menaja kos penganjuran kursus ini. Pelajar ini diberi latihan di dalam 5 bidang kursus yang mendapat permintaan yang tinggi pada masa ini iaitu Aplikasi Android, Pemasangan CCTV, Masakan dan Pastri, Safety Officer dan Blasting & Painting.






No comments: