Sunday, March 6, 2016

Majlis Tamat Latihan Program Buying Seats Murid Berkeperluan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

5 Mac 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah menganjurkan sebuah majlis meraikan pelajar program Buying Seats Kementerian Pendidikan di Hotel Granada di Johor Bahru pada hari ini. Pelajar yang mengikuti Program Buying Seats ini telah mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia mulai pengambilan Kohort 1, 2014. Seramai 50 orang pelajar terlibat di mana mereka adalah 8 orang kursus Sistem Komputer, 16 orang kursus Penyediaan Makanan, 7 orang kursus Juruteknik Automotif Selepas Jualan, 19 orang kursus Mekanik Motosikal dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, 

Majlis yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh En Ahmad Faidzul B. Mat Yazid, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh Hj Abdul Razak Mohd Saad, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ. Di dalam ucapan beliau, En Ahmad Faidzul berkongsi mengenai hasrat Kementerian untuk menyediakan peluang seluas-luasnya kepada pelajar di negara ini. Melalui inisiatif ini, pelajar yang sebelum ini berada di dalam aliran persekolahan telah dilatih melalui persekitaran kolej. Mereka diberi latihan kemahiran, pengurusan diri dan persiapan menghadapi alam pekerjaan dan usahawan melalui on the job training yang disediakan oleh pihak kolej.

Seluruh warga KKTJ mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan kepada KKTJ untuk melaksanakan program ini. KKTJ juga ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada semua pelajar Program 'Buying Seats' ini dan KKTJ berharap agar semula pelajar di dalam program ini dapat menghadapi alam pekerjaan dan keusahawanan dengan jayanya.

Ucapan Aluan En Mohd Asmadi Hj Alias, Pengarah BPK

Ucapan Perasmian En Ahmad Faidzul B. Mat Yazid, JPNJ

Pelajar SKM Penyediaan Makanan

Pelajar SKM Servs Automotif Selepas Jualan

Pelajar SKM Sistem Komputer

Pelajar SKM Penyejukbekuan Penyamanan Udara


No comments: