Wednesday, July 27, 2016
Pelajar Kolej Kemahiran dan Teknikal Kota Tinggi Membantu Penduduk Kampung Mawai Yang Dilanda Ribut
Seramai 20 orang pelajar KKTJ Kota Tinggi telah bersama beberapa agensi kerajaan telah turut membantu penduduk di Kampung Mawai yang ditimpa bencana alam.
Tuesday, July 26, 2016
Peperiksaan Akhir Penyediaan Makanan Tahap 3
26 Julai 2016 - Seramai 30 orang pelajar tahap 3, Penyediaan Makanan melaksanakan peperiksaan akhir pada hari ini. Di samping memenuhi keperluan kursus, mereka telah menyediakan makanan berbentuk buffet kepada penilai luar yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Semoga berjaya
Saturday, July 23, 2016
Sunday, July 17, 2016
Wednesday, July 13, 2016
Program Membudakan Al Quran di Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor
14 Julai 2016 - Bahagian pentadbiran KKTJ dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor telah menjalankan program membudayakan Al Quran pada pagi ini. Program ini dihadiri oleh semua staf dan pelajar KKTJ. Penceramah jemputan yang hadir pada pagi ini adalah Ustz Zakir daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor. Program ini memberi peluang kepada semua hadirin untuk mengenalpasti kelemahan diri serta meningkatkan mutu dan kualiti hidup sebagai seorang Islam. Program membudayakan Al Quran ini dilaksanakan setiap pagi Khamis setiap minggu di KKTJ Johor Bahru.
Membaca Al Quran dan Tazkirah daripada Ustaz Zakir
Sebahagian daripada hadirin di dalam majlis ini
Tazkirah kepada Staff KKTJ
Staf KKTJ yang tekun mendengar tazkirah
Lawatan Rasmi ke Industri
11 Julai 2016 - Pasukan dari Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor (KKTJ) telah berpeluang melawat Berjaya Langkawi Resort untuk membincangkan mengenai kerjasama dua hala antara kolej dengan industri. Melalui perjumpaan ini, pihak Resort telah bersetuju untuk menerima pelajar dari Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor dari jurusan Kulinari, Pramusaji, Kaunter Hadapan dan Housekeeping. Pihak Resort juga mengingatkan bahawa sikap dan kemahiran berbahasa Inggeris adalah sangat penting bagi melayakkan mereka memasuki organisasi antarabangsa seperti Berjaya Langkawi Resort.
Program PUNCAK di Kg Naka, Padang Terap, Kedah.
10 Julai 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah dijemput untuk bersama-sama mempromosikan program Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) anjuran Parlimen Padang Terap di perkarangan rumah YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Program ini adalah inisiatif PEMBINA, sebuah NGO untuk meningkatkan kemampuan belia di dalam bidang kemahiran dan menempatkan mereka di dalam pekerjaan. Program ini diadakan sempena dengan program sambutan Hari Raya anjuran Parlimen Padang Terap. Orang ramai yang hadir ke khemah pameran telah menyambut baik langkah yang dibuat oleh PEMBINA untuk memartbatkan masyarakat Padang Terap.
Khemah Pameran Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor
Lawatan YB Menteri ke pameran KKTPJ
Staff KKTJ yang terlibat di dalam program ini
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Blogger Kemahiran YPJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelajar kolej-kolej YPJ, ibu bapa, pegawai-pegawai kerajaan dan semua lapisan masyarakat yang turut menyokong Kolej-kolej Kemahiran dan Teknikal Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)