11 Julai 2016 - Pasukan dari Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor (KKTJ) telah berpeluang melawat Berjaya Langkawi Resort untuk membincangkan mengenai kerjasama dua hala antara kolej dengan industri. Melalui perjumpaan ini, pihak Resort telah bersetuju untuk menerima pelajar dari Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor dari jurusan Kulinari, Pramusaji, Kaunter Hadapan dan Housekeeping. Pihak Resort juga mengingatkan bahawa sikap dan kemahiran berbahasa Inggeris adalah sangat penting bagi melayakkan mereka memasuki organisasi antarabangsa seperti Berjaya Langkawi Resort.
No comments:
Post a Comment