Wednesday, July 13, 2016

Program PUNCAK di Kg Naka, Padang Terap, Kedah.

10 Julai 2016 - Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor telah dijemput untuk bersama-sama mempromosikan program Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) anjuran Parlimen Padang Terap di perkarangan rumah YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Program ini adalah inisiatif PEMBINA, sebuah NGO untuk meningkatkan kemampuan belia di dalam bidang kemahiran dan menempatkan mereka di dalam pekerjaan. Program ini diadakan sempena dengan program sambutan Hari Raya anjuran Parlimen Padang Terap. Orang ramai yang hadir ke khemah pameran telah menyambut baik langkah yang dibuat oleh PEMBINA untuk memartbatkan masyarakat Padang Terap.


Khemah Pameran Kolej Kemahiran dan Teknikal Johor

Lawatan YB Menteri ke pameran KKTPJ


Staff KKTJ yang terlibat di dalam program ini

No comments: