Thursday, July 16, 2009

Pelajar Perdana Kembali ke Kolej

9-10 Julai - Pelajar perdana telah kembali mendaftar di kolej. Selamat kembali kepada mereka. Berikut adalah perkembangan untuk makluman pelajar.

1. Wilayah Pembangunan Iskandar atau Iskandar Malaysia telah mula berbincang dengan pelbagai pihak termasuk IHYPJ untuk menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada pelajar. Antaranya menjalankan program latihan kepada bakal-bakal graduan secara kerjasama. Oleh yang demikian, pelajar disaran untuk mengambil peluang yang disediakan ini.
2. Makmal komputer di perpustakaan kini dibuka dan pelajar boleh menggunakannya untuk tujuan pembelajaran secara percuma. Kemudaha Wi-Fi jga disediakan kepada mereka yang mempunyai komputer riba. Sila berjumpa dengan En Fairuz untuk mendapatkan kod masuk. Perkhidmatan ini juga disediakan percuma.
3. Kolej akan menubuhkan satu pasukan khas yang bertindak dalam mencari peluang serta melaksanakan program keusahawanan. Pelajar yang berminat sila berjumpa dengan En Hod untuk maklumat lanjut.

Kepada yang lain, selamat kembali ke kolej dan selamat belajar

1 comment:

mahalias said...

Saya mengucapkan tahniah di atas sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang menggunakan WIFI di IHYPJ.